Pengarah Pemasaran Kawasan, Kesihatan Oral dan Nutrisi, Asia Tenggara, GSK, Vena­ig Jegou berkata, peluang ke­emasan ini membolehkan ka­nak-kanak terbabit belajar tentang hidupan marin dan tingkah laku mereka pada waktu malam selain mempelajari lebih terperinci berkaitan lautan.

“Program Scott’s Bright Little Explorers merupakan projek berterusan yang berusaha menyemai sifat ingin tahu dalam kalangan kanak-kanak menerusi aktiviti pendidikan di pelbagai lokasi dan kali ini di Aquaria KLCC untuk mereka mendalami dunia bawah laut serta penghuninya,” kata beliau.

Acara bermalam itu turut diisi dengan pelbagai aktiviti pendidikan antaranya sesi memberi makan kepada jerung, memerang laut dan ikan piranha serta bertemu penyelam Aquaria KLCC.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pemasaran dan Jualan, Aquaria KLCC, Daryl Foong berharap program ini dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak terbabit untuk belajar lebih lanjut tentang pemuliharaan lautan, pendidikan dan etika lautan.

“Kami berharap menerusi pengalaman ini, kanak-kanak didorong untuk menceburi bidang sains, dan juga biologi marin,” katanya.

Scott’s adalah sebahagian daripada GSK telah melancarkan program Bright Little Explorers ini sempena pelancaran Scott’s DHA Gummies pada tahun lalu.