Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Pkharuddin Ghazali berkata,  ia melibatkan 11,965 calon di sekolah kebangsaan, 3,418 (sekolah jenis kebangsaan Cina), 1,493 (sekolah jenis kebangsaan Tamil)  dan 252 calon swasta.

"Terdapat 11 calon mengambil peperiksaan di hospital dengan enam daripadanya di Hospital Tuanku Ja'afar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pkharuddin berkata, seramai 1,602 pegawai bertugas semasa peperiksaan kali ini melibatkan penyelia kawasan (92), ketua pengawas (349) dan pengawas peperiksaan (1,161). - UTUSAN ONLINE