Ketua Delegasi Penghantaran Pelajaran SMKA Tun Rahah ke UIN Medan, Mohd. Najib Al Fuad berkata, kesemua pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lalu itu menyambung pengajian mereka dalam jurusan syariah, usuluddin dan dakwah yang mengambil masa selama empat tahun.

Katanya, pelajar telah disaring melalui ujian khas dan temuduga yang dikendalikan sendiri oleh pihak UIN pada bulan Mei lalu dan mereka melapor diri sebagai mahasiswa baharu di pusat pengajian tinggi itu, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengetua SMKA Tun Rahah, Jaafar Rajuli berkata, UIN memberi kepercayaan kepada sekolah itu untuk menguruskan kemasukan mahasiswa baharu dari negara ini. 

“Pemilihan SMK Tun Rahah sudah tentu amat bertuah kerana pihak universiti telah melantik sekolah ini yang jarang diperoleh sekolah-sekolah lain. 

“Oleh itu, sebagai pintu masuk utama ke UIN, pelajar seharusnya nenunjukkan prestasi yang cemerlang dan terbaik dan secara tidak langsung sebagai duta kecil negara. 

“Inilah satu-satunya sekolah yang menjalin persefahaman melalui jalinan dan jaringan di bawah program sekolah kluster kecemerlangan Kementerian Pendidikan dan suatu pengiktirafan yang tinggi kepada sekolah ini,” ujarnya - UTUSAN ONLINE