Dengan kemenangan berkenaan, pasukan berkenaan yang diwakili Alif Haikal Safzeri, Evana Sofrina Mohd. Nazri, Farah Adiba Alina Zainal Iskandar dan Kang Liq Qian membawa pulang Piala Pusingan Aminuddin Baki, plak serta sijil penyertaan.

Pasukan tuan rumah Johor yang diwakili Sekolah Menengan Sains Muar berpuas hati di tempat kedua, manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Hit Sin, Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Agama Nurul Ittifaq, Terengganu, masing-masing meraih tempat ketiga dan keempat.

Sebanyak sembilan buah sekolah menyertai pertandingan tersebut yang diperkenalkan sejak tahun 1990. - UTUSAN ONLINE