AI MUNMADZIDYAH DUN

Menurut beliau, antara RM3 juta hingga RM5 juta diperlukan sebagai kos pembinaan bangunan baharu yang dijangka mampu menempatkan lebih 400 pelajar di tanah hampir dua ekar di Lenggeng, Negeri Sembilan sumbangan seorang hamba Allah.

“STAM menghadapi kekangan kewangan untuk menampung kehadiran pelajar-pelajar yang kian bertambah apatah lagi dengan ruang belajar mereka di premis Bandar Baru Bangi, Selangor sekarang yang terhad.

“Ketika ini, STAM yang bero­pe­rasi di bangunan komersial dua tingkat di Bandar Baru Bangi, hanya mampu menerima 120 pelajar berusia empat hingga 17 tahun. Sewa bulanannya juga tinggi,” kata beliau.

STAM terpaksa berpindah ke situ sejak tiga tahun lalu dari tapak asal pembukaannya pada 2006 di Sungai Ramal, Kajang kerana pemiliknya mahu menggunakan tanah itu semula.

Namun Ai Munmadzidyah te­tap bersyukur dengan sumbangan tanah di Lenggeng sebagai lokasi baharu STAM selain bantuan kontraktor yang sanggup menawarkan harga yang munasabah bagi pembinaan bangunan baharunya.

Sementara itu, STAM Puteri pula menempatkan 80 pelajar di Batu 16, Dusun Tua, Hulu Langat.

Kurikulum STAM menerapkan gabungan pelajaran akademik, agama dan Al-Quran malah sudah melahirkan para siswazah universiti tempatan mahupun luar negara seperti Mesir, Oman dan Arab Saudi.

Untuk rekod, pelajar STAM, Aq­lan Fathullah Zahari pernah menyertai program Qari Junior 2015.

Mereka yang mahu menyumbang, boleh menghubungi STAM di talian 03-89220696 atau Ai Munmadzidyah yang juga Penge­tuanya (013-2204103) untuk kete­rangan lanjut.