Diwakili kumpulan seramai 25 pelajarnya, mereka memperlihatkan persembahan yang cukup menarik untuk dipilih sebagai yang terbaik, sekali gus membawa pulang Piala Naib Canselor UMT di samping wang tunai RM1,500, plak dan sijil.

Dalam persaingan melibatkan 9 buah sekolah yang menjadi johan di peringkat zon masing-masing,  tempat kedua disandang oleh Sekolah Menengah (SM) Sains Tuanku Muhammad Faris Petra dan manakala sekolah SM Sains Sultan Iskandar pula di tempat ketiga.

Turut serta dalam pertandingan ini ialah SM Sains Sultan Muhammad Jiwa, SM Sains Machang, Sekolah Seri Puteri Cyberjaya, SM Sains Muzaffar Syah, SM Sains Kubang Pasu dan SM Sains Miri.

Penganjuran pertandingan turut mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM).

 Dalam penganjuran kali ini, UMT mengetengahkan tema 'Clean Our Ocean' bagi membangkitkan kesedaran kepentingan menjaga dan memulihara kelestarian laut dan biodiversiti sempena sambutan Hari Lautan Sedunia yang disambut pada 8 Jun setiap tahun.

Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar dalam ucapannya berkata, pertandingan ini bukan sahaja dapat memberi pendedahan berkaitan kepentingan melindungi biodiversiti marin, malah turut memperkasakan tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

"Secara tidak langsung memperkenal dan mendekatkan UMT sebagai universiti awam yang menawarkan bidang sains kelautan kepada para pelajar di samping menyemai minat dan kecenderungannya mereka untuk melanjutkan pengajian dalam bidang berkenaan serta memilih kerjaya kelak,"ujarnya.-UTUSAN ONLINE