SOLAH HUDDIN OMAR

Wakil UMNO Perlis, Solah Huddin Omar berkata, petugas itu pula mestilah ditempatkan di bilik guru supaya khidmat mereka tidak digunakan sebagai pembantu pentadbiran di pejabat.

“Guru ini seperti ‘Superman’ yang tidak boleh terbang kerana terpaksa buat semua kerja termasuk menjadi tukang kebun, kerani, doktor dan polis. Maka pembantu ini diharap dapat membantu guru melaksanakan tugas selain pembelajaran,” katanya ketika membahas usul agama dan pendidikan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2016 di sini hari ini.

Beliau turut men­desak Kementerian Pendidikan mening­katkan kelajuan internet di sekolah dan menggabungkan penggunaan data elektronik dalam satu aplikasi bagi mengelakkan guru-guru melakukan kerja banyak kali.

Solah Huddin turut meminta kerajaan menunaikan janji me­ngagihkan tablet kepada semua guru untuk melaksanakan tugas rasmi selain melengkapkan prasarana sekolah dengan lebih baik.

Dalam pada itu, beliau me­minta kerajaan mengambil langkah proaktif dalam menghentikan penderitaan masyarakat Islam Rohingya yang menjadi mangsa kekejaman tentera Myan­mar.

“Kerajaan perlu desak negara Bangladesh membuka pintu sempadannya kepada etnik Ro­hingya. Sekiranya mereka enggan, bekukan kemasukan pekerja dari Bangladesh ke negara ini dan kita ambil pelarian ini bekerja di Malaysia,” katanya.