kitalah pelukis pelakonnya

di kocek meski tiada wang

bahagia sampai ke petang.

Zaman itu buah-buahan

mewah di kebun datuk

ikan dipancing uwan

makmurnya kehidupan.

Zaman itu kitalah

pelukis dan pelakonnya

mengukir warna hidup

berlakon di pentas hidup.

 

Zaman remaja dan bujang

hidup senang-lenang

tiada tanggungjawab

hati jiwa kita lapang.

 

Zaman itu kitalah

hero di jalanan

bersama kawan-kawan

tiada dengki hasad

niat untuk berlawan.

 

Zaman itu masih ku ingat

politik elok baik, cantik

tiada cantas mencantas

hak sama dijaga baik.

 

Zaman itu ingatlah

wang susah makan senang

tiada GST dan SST

kita tak pernah berbalah

mencari salah orang.

 

 

AMI MASRA

Subang Jaya