“Puan Zara, sekarang giliran puan. Sila duduk.” Wanita tersebut memanggil aku dengan lemah-lembut sekali. Aku hanya mengangguk.

“ Puan, boleh saya tahu bagaimana saya dapat membantu puan”. Wanita tersebut bertanya dengan lembut sekali.

“Saya nak gunting rambut,” aku menjawab perlahan.

“Eh,rambut puan cantik sekali. Puan nak saya gunting ‘layer cut’ tak? Wanita itu cuba memberi pendapat.

“ Gunting pendek.” aku hanya menjawab pendek.

Wanita tersebut menggunting rambut aku dengan perasaan teragak-agak kerana sememangnya rambut aku cantik ala-ala bagaikan ikal mayang.

“Pendek ni ok tak, puan”? wanita tersebut gunting seinci sahaja.

“Pendek lagi,”aku menjawab tegas.

Wanita itu terus menggunting rambut aku sehingga paras bahu. Namun, aku masih menunjukkan riak muka tidak puas hati.

Apabila melihat riak wajah aku, wanita tersebut terus menggunting rambut aku.

“Yeah, this is just perfect” wanita tersebut tersenyum puas setelah rambut aku siap diguntimg.

Perlahan-lahan aku menyentuh rambut aku. Aku cengkam rambut aku sambil melihat wajah wanita tersebut melalui cermin.

“ Tolong potong rambut saya lagi supaya tiada siapa yang boleh mencengkamnya lagi.” Air mata yang telah lama aku tahan mula menitis di pipi aku.

Wanita tersebut tergamam dengan permintaan aku.

Setelah selesai menggunting rambut, aku berjalan keluar dengan seribu perasaan yang aku pun tidak pasti.

Aku menyediakan sarapan seperti sedia kala. Namun, tiada siapa yang menjamahnya. Perlahan-lahan aku menyuap nasi goreng ke dalam mulut aku.

Tiba-tiba meja makan dihentak kuat.

“Hoi..! Hang ni tahu makan je eh?” aku disergah kuat.

“Maaf abang. Zara ingatkan abang tidur tadi,” aku menjawab perlahan.

PANGGGGG!!!!

Bunyi tamparan kedengaran kuat sekali. Makanan di mulut aku yang belum puas dikunyah berterabur di atas lantai.

“Menjawab ye!! Ambik kau !! Menjawab lagi!!” Kuat suara garaunya menusuk ke telinga aku.

Aku hanya mampu tunduk dan menangis teresak-esak. Aku menangis perlahan sambil memegang pipi aku yang baru dibaham.

Lelaki tersebut cuba mencengkam rambut aku tetapi tidak berjaya. Lelaki yang bertubuh sasa dan mempunyai raut wajah yang agak tampan itu memandang aku dengan perasaan yang amat marah sekali.

“Hei pompuan! Berani ko potong rambut kau!!” Lelaki tersebut menjerit bagaikan dirasuk.

Aku hanya tunduk ketakutan. Aku risau dipijak, ditendang lagi.

“Arghhhhhhhhhhhh!!!!!!! Abang sakit!” aku merayu sambil memegang kaki lelaki tersebut. Lelaki itu menarik baju aku sehingga aku tercekik.

“Owww, sakit ye. Ko ingat aku kisah?” Lelaki tersebut mencekik aku sehingga aku tidak mampu bernafas lagi. Aku menangis mengenangkan nasib.

Tiba-tiba lelaki itu melepaskan aku. Aku berasa bersyukur sangat. Tetapi malang tidak berbau.

Aku ditendang dengan kuat sekali.

“Nah..., ambik kau!!! Ko ingat ko pandai. Ko ingat aku tak kan pukul kau kalau ko potong rambut. Dasar pompuan tak guna,” lelaki tersebut memaki hamun aku.

Setelah puas memukul aku, dia terus meninggalkan aku. Aku terus menangis menahan kesakitan.

Lelaki itulah, suami aku. Seorang lelaki yang pernah menjanjikan kebahagiaan kepada aku. Seorang lelaki yang amat menyayangi aku. Tetapi segalanya berubah sekelip mata apabila syarikatnya mengalami kerugian yang teruk.

Aku hanya mampu menangis kerana aku ‘wanita’. Aku diajar..., ‘wanita’ tidak boleh melawan kata-kata suami. Aku diajar ‘wanita’ tidak boleh hidup sendirian. Aku menangis teresak-esak sambil mengelap lantai yang penuh dengan nasi.

Sejak kebelakangan ini, aku kerap muntah dan badan aku terasa lesu.

“Wekkkkk!!!!” Aku muntah sejak pagi lagi tetapi aku tidak berani untuk memberitahu suamiku yang kini tidak pedulikan aku lagi.

Aku terus keluar rumah setelah suamiku, Ellan keluar dari rumah.

“Apa???” aku terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh doktor. Aku tidak pasti sama ada aku perlu gembira atau sedih dengan kenyataan doktor.

Namun, aku gembira kerana akhirnya kami mendapat zuriat hasil perkahwinan kami.

Tetapi aku sedih, zuriat ini datang tanpa aku rela. Aku pernah dirogol kerana tidak mahu bersetubuh dengannya kerana dia terlalu mabuk ketika itu.

Aku menutup mata aku seerat-eratnya untuk mencari semangat yang telah lama hilang.

“Abang,” aku memanggil suamiku dengan lembut sekali. Namun, Ellan menjeling aku dengan tajam sekali. Aku hanya tunduk dan memejam mataku dengan erat sekali.

“POKKKKKK!!!!” Kepala aku diketuk dengan kuat sekali. Aku hanya menggigit bibir menahan kesakitan.

“Cakaplah cepat!!! Hang ingat aku tak dak keja lain ker??!!” Aku disergah.

“Abang, Zara mengandung.” Aku teruskan kata-kata aku. Ellan memandang aku dengan riak wajah yang terkejut.

Aku sangkakan dia gembira dengan berita tersebut tetapi sangkaan aku lain, apabila senyumannya bertukar sinis.

“Anak jantan mana yang kau kandungkan tu?” Aku terkejut dengan soalan yang dituju oleh Ellan.

Aku sangka dia akan marah tetapi aku tidak sangka dia akan mencurigai kejujuran aku.

“Abang, ini anak abang.” Aku berkata sambil menangis teresak-esak.

“Hey pompuan! Ko jangan nak tipu. Aku dah lama jijik nak sentuh kau. Jadi, macam mana ko boleh mengandung?” Rambut pendek aku dicengkam kuat.

Ellan menolak aku dengan kuat sekali. Aku bagaikan tercium lantai kerana tidak sempat mengimbangkan diri.

Ellan mendekati aku dengan muka yang berang. Aku menahan kesakitan.

“Ko memang dasar pompuan murahan!” Ellan menjerit.

Aku hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak setuju.

Dia meninggalkan aku.

Tiba-tiba....

“DUSHHHHHHH,” Keadaan di dalam rumah agam tersebut sunyi sebentar.

Berkali-kali bunyi tersebut kedengaran. Aku ditendang dan dipijak di perut.

Aku dipukul tanpa belas kasihan. Aku menangis meminta ampun.

“Ampun abang. Abang, ini anak kita abang.” Aku menangis sambil memegang perut. Badan aku berlumuran darah. Aku tidak dapat berdiri.

Aku mengheret kaki aku untuk mendapatkan telefon bimbit aku. Sedang aku mendail nombor telefon rakan aku, tiba-tiba loceng rumah kami berbunyi.

Aku tidak mengendahkan bunyi tersebut dan terus mendail nombor telefon rakan baik aku.

Jantung aku terhenti seketika apabila melihat suami aku membawa masuk seorang wanita yang tinggi lampai dan seksi. Aku hanya mampu melihat.

Wanita seksi itu tersenyum sinis terhadap aku. Aku tidak kisah akan senyumannya tetapi reaksi suamiku yang langsung tidak peduli akan keadaan aku sememangnya tidak dapat aku terima.

Aku memegang perut aku dan mengerang kesakitan. Aku tidak dapat berkata-kata apabila rakan baik aku,Lim menjawab panggilan aku.

Aku hanya menangis.

“Zara. Are you okay?” Lim bertanya dengan resah. Aku terus menangis tanpa menjawab soalannya.

Aku pengsan kerana tidak mampu lagi bertahan.

Seketika kemudian Aina dan Lim tiba ke rumah aku. Mereka terkejut melihat keadaan aku yang berlumuran darah. Mereka berlari mendapatkan aku yang terlantar lemah di atas lantai.

Mereka mengangkat aku dan bergegas ke hospital berdekatan.

Apabila aku terjaga, aku sudah terlantar di hospital. Badan aku penuh dengan wayar-wayar putih. Di tepi aku, Lim dan Aina tertidur. Mungkin sepanjang malam mereka menjaga aku. Aku terus menyentuh perut aku dan mula menangis.

Aku sangkakan aku dapat meneruskan hidup aku demi anak kecil ini tetapi aku hanya mengeluh.

“Zara, hang dah bangun?” Lim mengaju soalan sambil menggosok-gosok mata.

Aku memaksa diri untuk senyum supaya dapat menutup riak wajah aku yang tidak keruan.

“Dah berapa hari aku admit?” aku bertanya kepada mereka untuk kepastian.

Aina memandang aku. “Dah 3 hari.” Aku terkejut mendengar jawapan Aina.

“3 hari.” Aku menjawab dengan mata terbuntang. Mereka hanya mengangguk sahaja sambil tersenyum melihat reaksi aku. Aku mengeluh perlahan.

Aku pejam mataku dan tiba-tiba suara aku dilaung dengan kuat. Laungan itu mengejutkan aku bahawa semua itu hanyalah kisah silam aku.

Kini, aku seorang ‘wanita’ yang berjaya.

“Dengan ini, kami menjemput Siti Zarina binti Ahmad untuk menerima Anugerah Usahawan Muda.” Pengerusi majlis menjemput aku untuk naik ke pentas. Aku hanya tersenyum gembira dan bangga akan diriku.

Aku memeluk rakan baikku sebelum naik ke pentas.

Aku menerima anugerah tersebut dan mula berbicara.

“Gelaran wanita bukan penghalang untuk berjaya.” Pendek sahaja aku bicara, namun aku pasti ayat ini memberi seribu makna.