Terasa dingin dan sunyi

Kutoleh ke kanan dan ke kiri

Tiada sesiapa di sisi

Ke manakah kalian semua telah pergi

Puas aku mencari

Namun tiadaku temui

Biarpun cuma sebelah bekas tapak kaki

Termanggu-mangu aku keseorangan diri

Mengenangkan apa yang telah terjadi

Bagaikan Garuda melanggar bumi

Gelap gelita tanpa bulan dan matahari

Akhirnya baru aku sedari

Bila melihat kain kapan melingkari

Maknanya tiada jalan ke luar kembali

Aku reda menanti saat untuk dihakimi nanti.

SSaZ

Kg Rapat, Ipoh