Setiap kali hatiku meruntun kerinduan

Mengenangkan cinta dan sayang seorang ibu

Bersama biji tasbih ini, dengan menyebut kalimah Allah

Ku hitung entahkan tidak terbalas jasa ibuku.

Ya Allah kerdilnya aku di bumimu ini

Kulukis wajah ibu di hatiku

Kuingat satu persatu keperitan dan pengorbanannya

Kuhayati keikhlasan hati ibu

Lantas kudapati…, ibu, ibu, ibu, kau tetap ibuku.

Ibu tidak boleh menjadi 
orang lain

Ibu tidak boleh berada 
di kaki kita

Ibu juga tidak boleh berada dalam penghinaan kita

Kerana dia manusia semulia 
di dunia ini

Ibu seharusnya dijanjikan syurga oleh kita

Yang tertulis Allah untuk ibu.

Kutangisi wajah ibu

Yang semakin kuat 
bermain di kotak fikiranku

Kenangan demi kenangan bersilih ganti

Suka, duka, marah, lucu, semua terbayang 
wajah ibuku.

Di sinilah tempat aku bermunajat

Di atas sejadah cinta ini

Yang mahal maharnya bagiku untuk seorang ibu

pemberian ibuku bersama tasbih cintanya.

Ibu, oh ibu… 
kau syurga di hatiku

Kau teratas dalam berjuta

Segala pesananmu dan tunjuk ajarmu

Kukenang sampai ke syurga.

ISA ROMTIE

SK Balung Tawau, Sabah