tatkala tersembam; aku kau kutip dalam diam;

Aku selalu rindukan aura yang mengangkat semangat julang-menjulang,

tatkala aku hampir hilang; kau hidupkan aku dalam terang

Ku tagih doamu, di sepanjang perjalananku,

yang tak sunyi dari duri duri; menyentap amanku; mencabar warasku

Indahnya, wanginya, keramatnya;

Wahai ibu

sungguh aku menambah duka

sungguh aku melampias sengsara;

Ketahuilah ibu; kau suri hatiku,

fiziknya jangan kau hilang; biar aku pergi dulu;

kerana kau tak pernah mengajarku,

untuk hidup tanpamu

WADI

Shah Alam