hembusan bayu yang lunak mententeramkan

kauucapkan seungkap janji jingga

seuntai puisi yang teranyam indah

bak suara burung kecil yang prihatin

mengajak sahabat-sahabatnya pulang ke sarang

lalu istirahat untuk kemudian terbang lagi esok

bagi menerima rezeki anugerah Tuhan yang

selalu disyukurinya

aku masih ingat

 

Senja menyaksikan seungkap janji jinggamu

tak henti-henti merasuk batinku

menjadikan aku begitu sukar untuk lupa sampai saat ini

ia sudah sebahagian dari perasaan

yang membuatkan lelakiku mampu tegar

harungi hidup segetir apa pun

 

Bilakah seungkap janji jingga

akan jelma nyata

aku tidak tahu

apakah malam nanti ada bintang

atau kelam diselubungi awan hitam

apakah harus berputus asa?

O…tidak!

kerana penantian perlu sempurnakan pengorbanan

setiap kejayaan bukankah didahului pelbagai 
kepayahan?

 

Mohd. Adid Ab. Rahman

Jasin, Melaka