takbir berkumandang keinsafan

setanggi haruman berhias kenangan

lambaian salam penuh keberkatan

Wajah Syawal penuh harapan

sempurna jiwa segala kesilapan

menadah tangan di taman perkuburan

doa pada insan kesayangan

supaya dicucuri rahmat berpanjangan

Setanggi Syawal membuka kehidupan

eratkan tali ikatan persaudaraan

silap dan salah saling bermaafan

bulan mulia melihat senyuman

yang lama terluka dalam perhubungan

GABRIEL KIMJUAN

Labuan