Terserlah warna-warni,

Simbolik kerenah manusia atau...

Ironinya lambang cuma.

Keringat nelayan menebar jala,

Kala perahu terumbang-ambing,

Mengikut irama alam,

Entah rancak entahkan gelora,

Dihadangi dengan ketabahan,

Hasilnya disyukuri bersama.

Camar riang sendu berterbangan,

Mengagungkan keindahan pencipta,

Yang sesekali dipandang sepi,

Yang sesekali dibiarkan mati,

Walaupun akal kurniaan Ilahi.

Di dasarnya...

Nafas dan nadi,

Berdenyut tidak berhenti.

Sesekali awan berlagu pilu,

Tanda rahmat yang dikirimkan,

Tatkala meremang dalam nyaman,

Tanda angin sepoi bahasa datang menyapa.

Ombak memecah kesunyian,

Lambang setianya,

Merubah permainan manusia,

Kembali ke asalnya.

Terima kasih matahari menjemput senja,

Terima kasih senja menjemput malam,

Terima kasih malam menjemput bintang,

Terima kasih bintang menjemput ilham,

Seribu rahmat seribu kaitan ciptaan yang Esa!

Mampukah kita berfikir?!

Rashid Othman

SK Setiawangsa SBT, KL