membina tingkah insan

yang berguna tanpa penat dan bosan.

Tugas guru adalah angin

melembutkan sukma

memurnikan jiwa tercalar dari sampah-sarap alam maya.

Tugas guru 
adalah ombak

merubah lanskap pantai hidup

mengikut 
kehendak dan musim

menjadi pemangkin

ikatan sains,teknologi dan budaya

mesra terjalin!.

ISMAIL HASHIM

Sikamat, Negeri Sembilan