bulan bintang bercecah darah menoda mata

kapal kayu terapung di laut

pulau hanyut kehilangan daik

gelora Andaman menyekah telinga

bisik angin mengumpan alun

maut berterbangan di udara

awan keliru berkhabar arah pedoman

mencari ajal di atas kepala

nyawa bergantungan di langit

petaka bermandi di alun gelora

menanti dan mencari detik ketika

saat kematian dikemudi doa-doa

panjat dan panjang pada Berkuasa

tiada lagi keinsafan dan penyesalan

segala kehendak jadi pertaruhan

tengah lautan mencari hujung pautan

merebah diri ke tanah, berhidu angin persamaan

adu nasib di bumi sini, laman kasih warga dunia

Zainon Mohd. Noor

Kodiang, Kedah