Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sebuah Ingatan

Malam yang sunyi ini

ku dibuai kedinginan bayu

bersama semilir angin mendakap tubuhku

menyedarkanku tentang kesayuan

memanggil semula ingatan silam

bertapak di jiwaku yang polos

memberi seribu pengertian untukku.

Ku ingin rakam segalanya di sini

bagaimana ku terleka di kamar khayalan

segalanya kelihatan biasa di mata

lalu ku cuba atur semula supaya sempurna

namun ingatanku terus disulam bunga alpa

dan tunduk pada pohon derita.

Masa silamku yang mencolok rasa

bersama sisa segala kenangan itu

ku lempar jauh di kaki malam

mengenang sebuah ingatan terpilu

menemani ranjau kehidupan duniawi

buat aku yang bergelar manusia.

Demi kebesaran-Mu , ku mohon esok

mentari masih lagi bersinar di kaki langit.

ZABRI ZAINOL ABIDIN

Anjung Sena, Sungai Petani

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain