Terasa sedikit getaran di dadanya. Cikgu Husna sebenarnya lebih dikenali dengan gelaran Cikgu Bedah dalam kalangan pelajar.Ketegasannya sama seperti watak cikgu di dalam cerita Adik Manja...!!. Gelaran yang sudah cukup jelas menggambarkan betapa garangnya Cikgu Husna.Bismillahirahmanirahim..., mulut Aina terkumat-kamit membaca doa sambil tangannnya pantas mengetuk pintu bilik guru.Waalaikumussalam.Masuk!!. Tegas nada suara Cikgu Husna.Aina menelan air liurnya.Sah mood gurunya memang kurang elok pagi ini.Cikgu..., ini senarai nama pelajar yang datang lewat pagi ini cikgu. Dengan penuh sopan Aina menyerahkan senarai nama pelajar yang datang lewat hari ini.

Terima kasih awak boleh keluar. Cikgu Husna segera mencapai senarai nama yang diserahkan Aina. Fuhh lega..., Pantas Aina mahu berpaling mengatur langkah keluar dari bilik guru disiplinnya. Tak sanggup rasanya untuk berlama-lama di dalam bilik gurunya itu.Mata Cikgu Husna pantas meneliti setiap nama pelajar yang tercatat di dalam senarai itu.

Dia orang ni lagi. Cikgu Husna mendengus. Aina..., awak kenalkan pelajar bernama Haziq bin Nizam, pelajar Tingkatan 5 Bestari dan Azman bin Nizam, Tingkatan 3 Arif. Mereka ini..., tak silap saya adik beradik. Rasanya abangnya sekelas dengan kamukan, tegas suara Cikgu Husna bertanya sambil matanya masih merenung senarai nama pelajar yang berada ditangannya.

Terbantut langkah Aina. Selangkah sahaja lagi dia berjaya meloloskan diri. Apa lagi lah ni. Bala apa lagilah nak dapat pagi-pagi ni, getus hati Aina. Perlahan-lahan Aina mengangguk. Ya cikgu, kami sekelas dan berjiran. Opsss... Aina terasa ingin menampar mulutnya. Apa pasal aku mengaku si Haziq ni jiran aku.

Cukup aja lah mengaku aku sekelas dengan dia. Baik..., kalau macam itu, boleh saya tahu kenapa dalam seminggu 2-3 kali, mesti mereka akan lewat datang ke sekolah. Kalau abangnya lewat hari ini, esok pula adiknya. Berselang-seli datang lambat.

Saya tak faham apa sebenarnya masalah mereka dua beradik ini, bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut guru disiplinnya. Terkebil-kebil Aina merenung Cikgu Husna sambil otaknya ligat memikirkan jawapan yang paling win bagi meredakan kemarahan gurunya. Macam peluru berpandu soalan yang terpacul dari mulut gurunya itu.

Maaf cikgu, saya kurang pasti. Rasanya, baik cikgu bertanya pada tuan punya badan sendiri..!! Aina menelan air liurnya. Apa lagi yang dia boleh katakan. Janji tetap janji. Berkerut dahi Cikgu Husna mendengar jawapan Aini.Perlahan-lahan Cikgu Husna menarik nafasnya.

Baiklah awak boleh keluar.Tapi tolong panggil Haziq datang berjumpa saya lepas waktu sekolah ini ye, suara Cikgu Husna sudah mulai kendur. Insyallah cikgu, saya akan sampaikan pesanan cikgu, pantas Aina meluru keluar dari bilik gurunya itu. Kalau hari-hari macam ini, boleh sakit jantung aku dibuatnya. Aina menyumpah di dalam hatinya sambil kakinya berlari-lari anak menuju ke kelasnya. Cikgu Husna merenung keluar tingkap biliknya. Apa sebenarnya masalah budak berdua ini.Ketegasannya bukanlah untuk membenci tetapi kerana mahu melihat anak bangsanya berjaya.

Kedua-duanya merupakan pintar namun masalah disiplin mereka berdua benar-benar merunsingkan kepala Cikgu Husna. Seolah-olah ingin mencabar undang-undang sekolah. Bukan sekali dua Cikgu Husna pernah bertanyakan hal ini, namun kedua-duanya hanya membisu seribu bahasa. Hanya perkataan maaf yang keluar dari mulut mereka berdua. Aku mesti siasat...,desis hati Cikgu Husna.

Haziqqqqqqqqq!!!!!!!!! Sekejap...,sekejap... Aina menjerit memanggil kawan baiknya sambil berlari-lari anak. Ada apa ni Aina, aku nak cepatlah. Haziq masih meneruskan langkahnya tanpa menoleh sekilas pun ke arah kawan baiknya itu. Kau jangan mengada-ngada nak balik sekarang. Pagi tadi kan aku dah cakap Cikgu Husna nak jumpa kau lepas waktu sekolah. Baik kau pergi jumpa dia sekarang.

Aina mencungap-cungap kepenatan. Macam cencorot kawan dia yang sorang ini kalau berjalan..!! Aku sibuklah...,kau kan tahu mana aku boleh balik lambat. Haziq berhenti melangkah sambil matanya merenung ke arah Aina. Aku nak pergi kutip cukai!!! Selamba Haziq menjawab sambil mengunyah kuih karipap di tangannya.

Tolonglah Haziq..., kau jangan macam ini. Apa aku nak jawab esok dengan Cikgu Husna tu. Aina merayu kepada Haziq.Memori di dalam bilik guru disiplinnya masih segar di dalam ingatannya. Tak sanggup rasanya nak ulang lagi kejadian pagi tadi.Aku malaslah nak dengar cikgu tu membebel. Kau pun satu, siapa suruh kau catat nama aku dalam buku kitab suci kau tu. Sekarang kau tanggunglah sendiri. Haziq tersengih sambil mengambil sekeping lagi kuih karipap di dalam plastik.

Tiada sekelumit pun perasaan bersalah di hatinya. Aina merenung sahabatnya dengan perasaan bercampur baur. Kurang asam punya kawan, sedapnya kau mengunyah. Aku separuh mati ketakutan, dah macam aku pulak yang bermasalah. Hello...,Aku ini pegawas berintegriti tau.

Tak kiralah siapapun buat salah, sudah menjadi tanggungjawab aku report pada guru disiplin. Aina mencebik ke arah Haziq. Geram apabila sahabatnya mempertikaikan sikap integritinya itu. Sorry Aina tapi aku memang tak boleh lama kat sini. Esok jumpa kat kelas ye...,byeeeeee. Haziq berlalu meninggalkan Aina yang rasa macam nak pengsan untuk menghadap hari esok.

Dari kejauhan Cikgu Husna memberhentikan kereta Hondanya sambil merenung ke arah rumah Haziq. Tak sia-sia semalam dia meminta Aina membawanya pergi ke rumah pelajar itu. Dia benar-benar ingin menyiasat apa sebenarnya masalah pelajarnya itu.

Ketika jam baru menginjak ke angka 6.20 pagi, kelihatan susuk tubuh yang amat dikenalinya sedang membuka pintu pagar rumah. Itu Haziq..., perlahan suara Cikgu Husna seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Haziq lengkap memakai pakaian seragam sekolah.

Namun yang mendatangkan kemusykilan kepadanya jika seawal begini dia keluar, mengapa sampai lewat ke sekolah? Ke mana dia merayap.Rumahnya bukanlah jauh sangat dari sekolah. Namun Cikgu Husna terpempan seketika apabila melihat Haziq masuk semula ke rumahnya dan keluar dengan membawa dua buah bakul besar sambil berjalan keseorangan di dalam kegelapan dan kedinginan pagi. Perlahan-lahan Cikgu Husna memberhentikan keretanya di hadapan rumah pelajarnya.

Assalamualaikum...,Cikgu Husna memberi salam.Waalaikumussalam...,Siapa di luar tu. Kedengaran satu suara halus menyahut salamnya itu. Cikgu Husna kelu seketika melihat seorang wanita buta meraba-raba terpacul di muka pintu.Dari pengamatannya wanita itu berusia sekitar 45 tahun.

Saya Cikgu Husna. Cikgu kepada Haziq dan Azman puan. Sopan Cikgu Husna memperkenalkan diri. Ohhhh..., kalau macam tu, jemput masuk cikgu. Teraba-raba wanita itu cuba mencari sofa di rumahnya. Jemput duduk cikgu.Saya, Puan Nora, ibu kepada Haziq dan Azman.

Cikgu Husna melabuhkan punggungnya sambil matanya memerhatikan persekitaran rumah itu. Bersih dan kemas. Boleh saya tahu apa tujuan cikgu datang ke rumah saya pagi-pagi ini. Semakin banyak persoalan di benak fikirannya. Cikgu Husna menarik nafas dalam-dalam. Serba salah untuk berterus terang tujuannya datang ke rumah wanita ini.

Macam ini puan..., sebenarnya anak-anak puan mempunyai masalah disiplin kehadiran sekolah. Boleh saya tahu apa sebenarnya masalah mereka dua beradik. Puan Nora mengesat air matanya. Cikgu..., sebenarnya saya dan suami mengalami kemalangan jalan raya pada tahun lepas. Sejak itu, penglihatan saya menjadi buta manakala suami saya meninggal di dalam kemalangan tersebut.

Anak-anak saya terpaksa berniaga menjual kuih karipap dan gilir-gilir menghantar kuih yang dibuat mereka ke warung di hujung kampung. Lepas waktu sekolah, mereka akan datang semula ke warung bagi mengambil hasil jualan mereka.

Ada juga mereka mengadu sering dimarahi guru disiplin jika datang lambat, namun apa daya kami!!!.... Itu sahaja sumber pendapatan kami sejak arwah suami meninggal. Panjang lebar penjelasan Puan Nora. Mata Cikgu Husna mula berkaca sambil sambil cuba menyeka air mata daripada mengalir keluar.

Patutlah Haziq enggan berjumpa dengannya petang semalam, rupa-rupanya nak pergi ambil hasil jualan. Cikgu maafkan saya. Kelihatan Aina terpacul di muka pintu rumah Puan Nora. Sebenarnya saya tahu masalah mereka tetapi Haziq meminta saya merahsiakan masalah yang dihadapinya.

Baginya orang yang sering mengadu dan meminta-minta adalah orang yang tewas. Dia tak nak meraih simpati siapa-siapa.Aina merasa bersalah kerana tidak berterus-terang kepada gurunya.Tidak mengapa Aina, saya sudah faham perkara sebenar.

Sekilas Cikgu Husna menjeling jam di tangannya. Aina tumpang cikgu aje ke sekolah. Aina mengangguk setuju. Mereka bersalaman dengan Puan Nora.Cikgu Husna sempat menyerahkan sedikit wang bagi perbelanjaan Puan Nora sekeluarga.

Mereka mula meninggalkan rumah Puan Nora. Terima kasih Aina membantu cikgu. Cikgu akan cuba membantu Haziq sekeluarga. Aina tersenyum manis. Di dalam hatinya betapa budimannya gurunya yang seorang ini.