Antara dikau dan budaya
Hilang puitis kata nenda
Cuma tinggal kitab lama
Terbang melayang terawang
Tiada timbul hanya tenggelam.

Terbawa bayu atas angin
Terkulai layu pentas dingin
Meratap rintih tiada guna
Pusaka praja dikoyak masa
Akhirnya tersusun silang kata
Warisan sudah dilupa.

Musnah ilham ketimuran
Pengabadian kemelayuan
Nusantaraku dilenyapkan.

Mana warisan?
Mana pegangan?
Mana hilang entah
ke mana.

AMIR KHALIS
Tanjung Karang, Selangor