berdebat tentang rekod

menulis karya tentang rekod

tidak kesedaran dirinya direkod

Raqib dan Atid sentiasa hadir

merekodkan segala amal anak adam

perbuatan dan pengucapan

Raqib merekodkan segala kebaikan

duduk di sebelah kanan

lebih dekat dari urat lehernya

tidak terlepas kecil atau besar

meski terniat dalam hati

Atid merekodkan segala keburukan

duduk di sebelah kiri

lebih dekat dari urat lehernya

tidak terlepas kecil atau besar

kecuali niat belum laksana

rekod akan diterjemahkan

pada hari kematian

diadili pada hari penghakiman

tika kita lupa

mereka tidak pernah jemu

selalu bersama siang dan malam

tidak tidur dan bebas rasuah

tepuk dada tanyalah iman

sendiri mahu ingat.

MAZLAN TOISUN

PUCHONG, SELANGOR