lahir susuk-susuk tubuh manusia

yang ghairah mencipta persundalan

melanggar larangan Tuhan

tentang ketentuan kejadian fitrah

wanita bercinta kasih dengan wanita

lelaki bercinta kasih dengan lelaki

wanita merubah ciptaan kepada lelaki

lelaki merubah ciptaan kepada wanita

tanpa merisaukan amaran Tuhan

tanpa menghiraukan nasihat para ulama

segala teguran umpama seloka

mereka hanya bersorak seronok

melahirkan kesatuan membenih jemaah

tanpa mereka sedar

persundalan mengundang bencana

Bencana tidak salah alamat

tunggulah ancaman dari langit

tunggulah ancaman dari perut bumi

tunggulah ancaman dari dasar lautan

semua akan tertimpa

tidak mengira penguasa atau ulama

anak kecil atau orang tua

mereka atau kita

gara-gara persundalan bermaharajalela

mencabar firman yang Maha Esa

yang nyata tertulis dalam kitabullah.

MAZLAN TOISUN

Puchong, Selangor