Kuingin terokaimu sedalam-dalamnya
Dengan hayati setulus raga
Kuingin cintaimu sepenuh jiwa
Kerana kaulah tunjang jati diri
Tidak kira di mana mereka berada
Di seluruh pelosok seantero dunia.

Wahai perwira bahasa
Betapa hebatnya dikau
Menuntun tamadun berbilang bangsa
Menjulang pusaka harta bangsa
Kau akan terus berkhidmat
Hingga ke akhir hayat.

Akan kujunjung kau ke puncak ilmu
Kerana itulah amanah yang kupikul selalu
Menjadi seorang insan bernama perwira bahasa.

AHMAD RYINALDI
Ipoh, Perak