Terdapat tiga kumpulan dari berlainan umur dan bangsa yang menyertai persembahan percussion ini.

Penolong Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Hasnul Fairuz Hushin Amri berkata majoriti pemuzik-pemuzik ini tidak memerlukan sebarang latihan dan mereka hanya bermain alat muzik dengan mengikut rentak sahaja.

“Kebanyakan mereka mempunyai bakat yang terpendam dan melalui Program 7 Dekad inilah platform yang sesuai untuk menyerlahkan bakat mereka,” katanya ketika ditemu bual selepas persembahan percussion.

Sementara itu, seorang pemuzik klasik India yang menyertai persembahan tersebut, Subain Singam, 47, berkata, dengan adanya program seperti ini, ia memberi pendedahan mengenai instrumen tradisional kepada pengunjung.

“Saya harap selepas ini ada banyak lagi program yang mendedahkan instrumen-instrumen klasik yang semakin hari semakin dilupakan oleh masyarakat,” katanya. - UTUSAN ONLINE