Wahida yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan berkata, novel kedua karyanya itu adalah hadiah buat peminat selepas novel pertama yang dihasilkan pada tahun 2008 yang berjudul Kembalikan Kebahagian.

"Coklat Untuk Dia adalah sebuah novel cinta berkisar tentang cinta pandang pertama.

"Novel ini sarat dengan nilai moral masyarakat hari ini dan boleh menjadi panduan untuk generasi muda," katanya.

Novel Coklat Untuk Dia dijual dengan harga RM24 sempena PBAKL 2017.

Dalam pada itu, Wahida yang juga penulis sepenuh masa sedang menyiapkan novel mistik dan buat masa ini  75 peratus sudah siap.

Coklat Untuk Dia diterbitkan di bawah Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) di bawah logo Cakcibor Creative iaitu label produksi yang memfokuskan penerbitan karya-karya bersifat kreatif. - UTUSAN ONLINE