Dalam pembentangan Imbasan 67 Tahun Natrah: Polimik Yang Diperdebatkan, Fatini yang mengkaji kisah Natrah dan berjumpa dengan wanita tersebut 27 tahun lalu menimbulkan persoalan berkenaan apabila melihat orang Melayu dan Islam hanya diam apabila agama dan bangsa mereka dihina.


“Siapa yang mahu mengangkat semula? Manakah Islam bila kita dihina. Manakah kita bila Melayu dihina?” tanya Fatini.


Dalam pembentangannya sempena genap 67 Natrah ‘dirampas’ selepas Ketua Hakim Mahkamah Singapura mengarahkan beliau diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat negara itu.


Menurut Fatini, nasib yang menimpa Natrah menyaksikan kebangkitan besar-besaran orang Melayu dalam mempertahankan maruah agama.


Melayu sebelum peristiwa itu dianggap penjajah sebagai malas dan bodoh namun mampu bangkit untuk mempertahankan akidah Natrah.


Pembentangan Natrah: Imbas Semula Selepas 67 Tahun hasil kerjasama Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Pusat Akar dan Nusa (Jati), Yayasan Murni Akidah dan Yayasan Kasih Tauhid.


Turut hadir Pengerusi ITBM, Budiman Mohd. Zohdi dan Pengarah Urusan ITBM, Mohd. Khir Ngadiron.-UTUSAN ONLINE