Terasa sebahagian dunia ku sepi

Hari-hari ku yang biasanya ceria

Terasa sebahagian dunia ku sepi

Hari-hari ku yang biasanya ceria

Terasa suram tiada seri

Malam-malam ku tercari-cari kelibat tubuh mu

Yang terlihat cumalah kenangan lalu

Jiwa ini lumpuh dek kerinduan

Mencari upaya untuk bangkit

Tapi langsung terkulai layu

Dalam sudut hati kecil ini masih

Menanti hari baru akan kehadiran

Dirimu yang indah bersama senyuman

Tetapi,

Penantian itu amat menyeksakan

Ianya tetap tidak mampu mengubah sedikitpun

Takdir yang telah tertulis

Kini, cuma tinggal foto mesra kita bersama

Yang boleh ku lakukan pelukan kerinduan

 

MIZI AHAMAD

Port Dickson, Negeri Sembilan