‘’Keenah ! Ke sini kau!ambilkan buku aku tu, dah jatuh. Jatuh sebelah kau tu hah.’’ Sakeenah tidak menoleh walaupun dia tahu milik siapa suara itu. Dia sudah biasa dijerkah sebegitu.

Hendak melawan tidak terdaya. Mereka satu kumpulan terkenal di kolej tempat mana dia menimba ilmu. Masalahnya bukan dia tak boleh tunduk ambil buku yang terjatuh di tepi kakinya itu, dia ada masalah sakit tulang belakang dan kesukaran untuk tunduk. ‘’Wei, cepatlah! Aku dah lewat nak ke kelas ni!’’ Bentak Roslin selaku ketua kumpulan tersebut. Diikuti dengan derai ketawa mereka. Sebelum sempat dia bertindak mahu cuba untuk mengutip buku tersebut Roslin bersuara lagi. ‘’Alaaa, cepat lah. Aku tau la kau tu gemuk.

Susah nak tunduk ambil kan buku tu untuk aku. Tu la. Perut pun dah banyak spare tyre. Masalahnya tayar kat perut kau tu dah macam saiz tayar lori 18 roda dah!’’ Kata-kata itu terlalu terkesan di hati Sakeenah.

Sememangnya dia memang sudah biasa dengan ejekan mereka tetapi cuma kali ini amat berbeza. Jelas sekali, kata-kata dari Roslin melukakan hati dan perasaannya. Sampai ke tulang hitam. Dengan susah payahnya dia tetap tunduk dan mengutip buku Roslin dan terus berpaling untuk segera beredar dari situ.

‘’Nak lari ke tu Keenah? Kau lari pun aku boleh kejar la sambil berjalan lagi, tau? Hahahahahahaha… ‘’

Dan sekali lagi berderai ketawa mereka. Mimik wajahnya hampir menampakkan air mata akan berderai turun. Dia cuba bertahan. Namun, gagal. Terus dia berlari di tepi pintu kelas yang kosong.

Dia tahu jika dia ke tandas perempuan, sudah pasti akan Roslin dan rakan-rakannya akan mengunci pintu tandas dan terus membulinya lagi. Bukan kali pertama perkara ini berlaku dan dia tak mampu sejarah berulang kembali.

Dia duduk mengokol sambil menangis. Jiwanya terasa sangat tertekan dengan ejekan dan kata-kata kesat dari mereka. Sudah mati akal dia cuba untuk berdiet untuk mengurangkan berat badannya namun berat yang hilang cuma 2.5 kilogram sahaja.

Itupun dia mengeringat selama 6 bulan dan memang tidak kelihatan apa-apa perbezaan pun pada bentuk tubuh badannya itu. Dia terasa kurang keyakinan diri ketika berada di gimnasium, terasa diri amat huduh dan gemuk berbanding dengan mereka yang bersenam itu. Dia terasa hampir 10 minit dia berada dalam keadaan itu, tiba-tiba ada suara yang menegurnya.

‘’Ini beg cik ke?’’ Sambil ada tangan memegang bahunya. Sakeenah yang masih tertunduk terasa gerun untuk mengangkat wajahnya. Akan tetapi dia kenal suara itu, ia bukan suara Roslin dan konco-konconya.

‘’Cik? Cik ok ke? Tak sihat ke?’’ Perlahan-lahan Sakeenah mengangkat wajahnya. Air mata dikesatnya. Matanya terasa pedih akibat menangis terlalu kuat tadi, sampaikan tidak sedar keadaan sekeliling.

‘’Saya ok, ma.. Maaf.. ya, itu memang beg saya.’’ ‘’Saya, Julia. Kenapa awak menangis teruk sangat ini? Sakit ke? Jom la saya bawak awak ke klinik.’’

‘’Eh.. Tak apa.. Se.. sebenarnya saya.. Ummm.. lapar. Saya Keenah.’’ Sakeenah bangga dia dapat melencong dari sebab sebenar dia menangis.

‘’Nah, saya ada coklat ni. Ambil lah.. Sebenarnya saya ada kelas kejap lagi. Ini la kelas saya.’’ katanya sambil menuding ke arah kelas kosong dibelakang Sakeenah.

Sakeenah cuba untuk berdiri tapi tak mampu berbuat demikian.

‘’Eh.. Eh, mari saya tolong awak.’’ Terasa dirinya segan teramat sekali tapi dia tetap dibantu oleh Julia.

‘’Awak nak tunggu saya ke lepas kelas nanti? Boleh kita pergi makan di kafe kolej nanti?’’ Sakeenah yang sedang menyapu-yapu seluarnya dari debu terhenti.

‘Eh, tak apa la. Saya ok ni.’ ‘Alaa, temankan saya makan. Saya pun tak makan tengah hari lagi ini.’ Ahh sudah.. Nak tak nak kena temankan juga dia ni.. Kasihan pula. Getus hati kecil Keenah.

‘Baiklah, saya tunggu di perpustakaan dulu la. Awak habis kelas dalam satu jam?’

‘A’ah. Kalau saya habis awal, saya tunggu di depan pintu perpustakaan la. Saya baru sertai kolej ni, tak sempat buat kad lagi. Ni nombor saya- nanti awak hantar lokasi ke telefon pintar saya ni.’

Setelah nombor telefon bertukar tangan, Sakeenah pun mula beredar dari situ. ‘Ok jumpa nanti. Terima kasih bagi coklat ini, buat lapik perut saya sementara jalan ke perpustakaan nanti.’

‘Jalan hati-hati. Jumpa dalam sejam tau Sakeenah!’

‘Ok.’ Baik la pula Julia ini, selagi Roslin dan konco-konco tak dapat pengaruhi minda dia, aku rasa selamat la.

Sudah la cantik, baik hati, pemurah pula. Aku ini rasa bersalah pulak tipu dia kata lapar. Tak apa la, dapat coklat satu bar jadilah.

Sakeenah mula mengunyah. Dia tahu dia memang selamat di perpustakaan, kerana Roslin sudah pasti tidak akan berada di dalam. Mereka memang bukan jenis rajin membaca pun. Keenah mula masuk ke dalam dan mencari satu sudut yang agak senyap untuk mula membaca buku yang baru dibelinya, Rose Demon oleh penulis baharu RJ Ibrahim.

Kumpulan cerpen cerita hantu berdasarkan kisah benar memang merupakan minatnya. Elok juga dibaca siang hari. Malam nanti sah-sah la termimpi-mimpi pula. Sedang dia asyik membaca, bahunya ditepuk perlahan. Terkejut, buku yang dibacanya itu terjatuh dari meja.

‘Dik, bangun, mana boleh tidur dalam perpustakaan ni.. ‘Rupa-rupanya perpustakawan yang menegurnya. ‘Oh, maaf cik. Saya tertidur. Tak apa, saya keluar sekarang.’ Keenah melihat jam tangannya yang jelas menunjukkan waktu kelas Julia hampir tamat.

Baik dia beredar dari sini dan menunggu Julia di luar. Dia menghantar lokasi tempat dia berada ke Julia. Selang beberapa minit berlalu, dia keluar dari pintu perpustakaan, dia ternampak kelibat Julia dari jauh sedang berjalan menuju ke bangunan perpustakaan. Julia mengangkat tangan ke arahnya.

‘Awak tunggu lama dah ke?’’ jeritnya. Setelah berada dekat dia berkata ‘’Jom makan, saya dah lapar ni.’ Setiba di kafe, Keenah duduk di salah satu meja dan Julia meletakkan begnya di situ sambil mengambil makanan.

Keenah nampak makanan yang Julia ambil dan sebelum makan dia akan guna telefon pintarnya dan buka satu app dan mula menekan-nekan apa yang diambilnya tadi. ‘Apa awak buat tu? Selalu orang ambil gambar makanan muat turun ke Instagram aje.’

‘Oh saya letak apa yang saya makan untuk hari ni dalam app MyPlate. Dengan cara ini, saya tau apa yang saya makan untuk hari ini. Kalau dah terlebih kalori, malam saya kawal pemakanan saya. Boleh jadi lebih sihat lagi. Ni la app dia tu.’ sambil menunjukkan pada Keenah.

Sakeenah menelan air liurnya. Gambar gadis obes dalam app hampir menyerupai saiznya juga. Dia terdiam seketika. Julia terus makan sambil memandang wajahnya.

‘Awak jangan risau. Saya dulu pun besar juga la. Dalam 84kg. Lepas guna app ni, alhamdullilah la. Dapat kawal kalori, ada objektif ke berat mana yang kita nak. Lepas tu bersenam dan minum air kosong. Dan yang paling penting, cuba kawal pengambilan gula berlebihan.

’ Eh, macam tahu-tahu saja apa yang aku fikirkan. Getus hati Sakeenah. Julia menyambung lagi. “ Dengan MyPlate ni kita boleh tau berapa kalori kina kena ambil dalam satu hari. Mula-mula masuk kena letakkan semua informasi tentang diri dalamnya.’’

‘Err, app ni kena bayar ke?’ “Eh tak payah. Ni percuma je. Saya pun mula guna ni dah enam bulan. Kita kena la guna teknologi untuk senangkan hidup kita betul tak? Awak boleh je cuba. Kalau berdiet ni payah sikit. Sekarang saya dah 65kg.’

“ Wah dulu awak 84 kg? Macam tak percaya aje.’

“ Betul! Ramai tak percaya. Saya dulu memang tembam juga. Ramai juga la kawan-kawan selalu usik-usik. Malu nak duduk di kalangan dia orang ni. Saya menyendiri. Awak tak nak cuba ke? Awak ada telefon pintar kan?’

“Ada, boleh juga la. Se… Sebenarnya.. Yang tadi saya menangis tu, bukan sebab saya lapar..’’ Keenah mula menyesal kala dia mula membuka mulutnya itu. Risau Julia berkata dia seorang penipu.

“ Habis tu, kenapa awak menangis? Awak sakit? ‘’ Makanan yang Julia makan ada yang tercicir dari mulutnya.

‘Harap awak janganlah marah saya. Sa… saya ish macam mana nak jelaskan ni...ada sekumpulan budak-budak perempuan selalu usik saya. Kan saya gemuk, pergerakan pun perlahan. Mereka.. Membuli saya… ‘’

Mata Keenah mula berair kembali. Dia tunduk malu. Julia lantas memegang erat tangan Keenah.

‘’Tak apa, syshhh.. Saya pun pernah kena macam awak juga. Orang tetap akan buli, kalau awak menangis pun bukan boleh ubah apa-apa. Kita kena usaha untuk mengubah nasib kita sendiri. Sekarang ini dah ada teknologi untuk menolong kita kan? Saya pernah macam awak juga- semua yang awak lalui, saya pernah lalui juga. App yang saya cadangkan itu memang bagus untuk kawal pemakanan.. Lepas tu kita boleh la bersenam bersama-sama. Awak tau, nak kurangkan berat badan sebenarnya senang, nak kekalkan berat itu supaya optimum yang susah. Sekarang kan kita dah jadi kawan, boleh la kita bersenam bersama-sama. Sebenarnya ada banyak aplikasi lain macam yang ni. ‘’

Keenah terasa amat lega bila mendengar kata-kata Julia.

‘’Awak betul ke ni? Saya tak pernah ada kawan yang sanggup buat macam tu sekali. Roslin dan konco-konconya tu tau buli orang je. ‘’

‘’Tak apa, mulai sekarang, awak guna je telefon pintar tu , muat turun app dan mulakan bersenam. Jangan fikirkan masa lepas, fokus ke hadapan, guna telefon pintar awak tu ke arah positif. Lepas berat badan dah kurang boleh pos ke garis masa di Facebook!  Hah! Masa tu orang mesti terkejut la tengok awak!’

Kedua mereka ketawa bersama. Keenah merasa amat seronok kerana sekarang dia bukan sahaja dapat seorang sahabat baharu, dia juga belajar kegunaan app yang boleh dimanfaatkan demi kesihatan.

Teknologi dicipta untuk kesenangan semua, kita perlu bijak menilainya ke arah kebaikan.