sentuhan tajam seorang pemerhati merakam ragam hidup duniawi

renungan visi yang mempesona

garapan untuk memartabatkan bahasa garapan untuk memperjuangkan bangsa

andai tiada bait nak dikarang

andai tiada ungkapan nak diselitkan andai tiada baris ayat nak disusun

andai tiada kata nak disulam

maka memadai merenung jauh

muhasabah naskhah yang digubah menghayati catatan sejarah nusa dalam baris-baris coretan masa nukilan untuk mengenang jasa

nukilan untuk menyedarkan bangsa tidak mensia-siakan hidup semasa tidak abaikan anugerah sihat dan muda

untuk melayari hidup bermakna berbakti pada nusa dan agama

ZURHAN BAKAR