dan berbekalkan 
sekeping semangat

lalu layar pun dikembang

mencari destinasi 
Yangon dan Teknaf

menyampai mesej kemanusiaan

Biarpun siapa mereka

kekejaman harus ditentang

terguris dan meruntun deria rasa

saudara seagama

Laut Andaman

terimalah dengan tenang

Nautical Alya 
belayar di dadamu

kerana ini misi dunia

menuntut hak yang diabaikan

Rohingya

kami saudaramu

menghulur salam pelarian

dan menyambung talian doa

yang kadang kala terputus

buat menuju ke persinggahan bahagia

Flotila kemanusiaan 
ke Myanmar

semoga misi ini mencapai matlamatnya

NORDIN HASHIM

Taman Bertam Indah