aku menyisir kelukaan

helai-helai cerita duka

berserakan di hujung jiwa

menyerlah hampa

sendu dan kecewa

makin pedih menusuk pasrah.

Menyisir kelukaan

bererti kekusutan minda

berselirat menunjangi hati

Kembali menyolek wajah kusam,

kelukaan itu tidak mungkin

merapikan cerita itu

sedang kesudahan itu

telah engkau pilih sendiri.

Sisirlah kelukaan itu,

moga cerah kembali

wajah bonda yang kian hilang

keibuannya,

wajah ayah yang kian pudar

ZULKIFLI MOHD TOP

STAR, Ipoh