dengan benang bicara
waspada menekatnya
jangan tertusuk rasa
pedih terluka
terasa sampai bila-bila
menghiris hati dan telinga
tersulam dendam membara.

Menekat kata-kata
dengan halus sulaman
tenteram menghayatinya
menenangkan jiwa dan raga.

Kata-kata ditekat
tiada jujur melekat
di fikiran sarat
tenat berkarat.

Zaibiee
Miri, Sarawak