Majalah Mastika
 
 

Saya menarik sedikit lagi kain ke bawah. Kali ini saya lebih terkejut apabila tersembul buah dada yang sangat besar. Buah dada jenazah itu diikat dengan kain.

Apabila saya buka ikatan kain itu, buah dadanya terus jatuh, layut ke bawah. Putingnya berlubang dan mengeluarkan lendir kuning berserta darah. Saya mengambil tisu untuk mengelap nanah dan darah itu. Sebaik ia dilap, nanah semakin banyak mengalir keluar.

Ia seolah-olah seperti kita memicit bisul yang pecah. Ketika itulah terbit bau yang sangat busuk. Sungguh meloyakan. Semakin dilap, semakin banyak nanah dan darah keluar.

Proses seterusnya ialah pembersihan sisa najis. Jenazah diangkat sedikit pada kedudukan 45 darjah dan saya menjirus air ke bahagian kemaluan jenazah.

Ahli keluarga jenazah mengambil sehelai kain lalu dilapkan di bahagian sulit itu.

Sebaik dia menarik keluar, kelihatan ada nanah dan darah. Saya meminta dia mengelapnya sekali lagi. Saya harap kali ini ia bersih. Tapi sebaik ia dikeluarkan, kali ini ada bukan saja kesan nanah dan darah, tetapi....

Ada banyak lagi ujian dihadapi Ustaz Amir Muttakin semasa menguruskan jenazah seorang lelaki, sehingga akhirnya Ustaz Amir mengaku kalah dan putus asa untuk meneruskannya.

Apa yang berlaku? Anda wajib baca kisah ini. Ia diceritakan sendiri oleh Ustaz Amir dalam Facebooknya, namun hanya separuh jalan. Pengakhiran kisah benar yang dialaminya itu hanya ada dalam majalah Mastika Jun ini.

Lagi satu, Mastika dicabar untuk masuk ke alam bunian. Tengah malam itu, Usop bawa kami ke sebuah kawasan yang dikatakan adalah perkampungan bunian ini. Di mana? Lokasinya bersempadan antara Selangor dan Negeri Sembilan.

Melalui Usop, Mastika difahamkan penghulu bunian yang hendak ditemu bual malam itu meminta kami merahsiakan tempat ini. Sebelum masuk, Usop beritahu Mastika syarat-syarat yang harus dipatuhi.

“Hendak masuk ke kampung bunian ni tak boleh cakap besar, tak boleh berkelakuan tidak senonoh dan tak boleh ada sikit pun keinginan hendak berjumpa dengan puteri bunian,” pesan Usop.

Terdetik sikit kat hati pun tak boleh ke?

“Tak boleh!” bentak Usop.

Kenapa?

“Sebab dalam perkampungan tu ramai anak dara bunian yang belum berkahwin. Ada yang muda, ada juga yang tua.

“Biasanya kalau sesiapa yang berhajat hendak berkahwin dengan bunian, anak-anak dara bunian ini akan mendekati dan menculik mereka. Kalau dah termasuk ke dalam tu, hah siaplah! Bukan senang nak bawa keluar semula,” Usop beri amaran dengan mata yang terjegil.

Jika ada barang hilang atau tercicir, tak perlu cari. Biarkan saja. Berkemungkinan barang-barang yang tercicir itu telah diambil oleh bunian yang ‘nakal’.

Kalau berkeras juga hendak mencari barang yang hilang itu, bimbang kami juga akan turut ‘hilang’ bersama barang-barang berkenaan.

Gulp! Sekali lagi Mastika telan air liur.

“Dan syarat yang terakhir, Mastika kena tinggal dalam kampung bunian itu untuk seketika jika mahu menemu bual sendiri penghulu bunian. Setuju?” tanya Usop.

Huh! Dengan riak yang penuh teruja dan yakin, Mastika angguk kepala dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Apa jadi seterusnya? Itu anda kena baca kisah pengembaraan Mastika untuk masuk ke alam bunian. Cuma ada di dalam Mastika edisi Jun.

Cepat beli di kedai berhampiran sebelum habis!