seperti pencakar langit dipandang
berkibar megah bendera terbilang
keranamu kami masih berjuang
penuh erti kasih sayang
cinta ini tidak pernah hilang
mengharungi lautan gersang
mendaki gunung-ganang
menahan kutub yang kejang
keluar ke angkasa lapang
membawa namamu dijulang
semangat merdeka cahaya terang
kerana sebuah tiang
perpaduan tidak akan goyang
setia di bawah Jalur Gemilang.

GABRIEL KIMJUAN
Labuan