membanding sesama diri

cahaya di badan siapa

yang paling terik, sehingga

tersuram- mati di tandus pulau

tercerah- bumi seluruh terpukau.

bulan dibunuh lagi

matari merampas takhtanya!

di saat itu, baru kan tersedar

sungguh, kita hanyalah

kenit-kelip kelam

sentiasa hilang

ditelan cahaya siang.

Qifuat Nalsor

Tasik Biru