x

Buku ini memuatkan puisi-puisi dan cerpen selepas terbitnya buku antologi puisi Cakar Nanar khusus bagi menyuarakan bantahan terhadap Program DLP (Dual Language Programme) selepas pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tujuh tahun lalu.

Numera Bersayap Harapan disusun oleh Sasterawan Negara, Datuk Dr. Ahmad Khamal Abdullah dengan kerjasama Pustaka Tulus dari Indonesia yang memuatkan lebih 150 puisi dan 29 buah cerpen hasil tulisan para karyawan dari empat buah negara itu.

Setiap karyawan yang berjumlah hampir 60 orang menghasilkan antara dua hingga lima buah puisi dan 29 buah cerpen termasuk yang dihasilkan oleh penulis yang sama secara bebas tanpa dihadkan tema dan panjang pendek karya cerpen mereka.

Justeru, terdapat beberapa buah cerpen yang agak pendek sifatnya tidak melebihi 20 perenggan antaranya seperti Perjalanan Tawaduk Rindu oleh Latty Latisa; Aku Bukan Pengantin Mu oleh Fazilah Husin; Lemari Hitam oleh Moel Soenarko; Akankah Kita Bersatu oleh Siamir Maralafua dan Assalamualaikum Lumajang oleh Kartini Ayu.

Bagaimanapun terdapat juga cerpen paling panjang bertajuk, Kembara Silaturrahim Menggalas Amanah sebanyak 20 muka surat oleh Nashuha Jamidin Al Pontiani dari Sungai Petani,Kedah.

Kata Pengantar antologi itu ditulis sendiri oleh Ahmad Khamal juga seorang penyair terkenal yang menggunakan nama Kemala. Beliau menghasilkan tiga buah puisi iaitu Halkum, Aku Masih Mengingat Danau Ohrid, Kesiur Angin Birahi dan cerpen bertajuk Selepas Berjuta Koma,Ada Sebuah Noktah.

Penyair Aminudin Mansor (Ami Masra) pula menghasilkan lima buah puisi iaitu Duri Sengsara, Teduh Rusuh, Protes, Gegar Gempita dan Tanah Bertuah.

Judul buku : Numera Bersayap Harapan

Penerbit: Pustaka Tulus (Indonesia)

Genre : Kumpulan puisi dan cerpen

ISBN : 
978-602-53514-1-9

Penyusun : Ahmad Khamal Abdullah

(Sasterawan Negara)