Jika al-Quran selalu diabaikan
syaitan suka menjadi rakan
apabila syaitan suka berkawan
kelak nafsu sukar dilawan.

Jika berharta tidak berzakat
kelak rezeki tidak berkat
apabila rezeki tidak berkat
kualiti hidup tak akan meningkat.

Jika agama tak diambil berat
pastilah hidup tersesat barat
apabila hidup tersesat barat
rugilah serugi-ruginya dunia akhirat.

EHSAN JAMILY
Taman Desa Baru, Melaka