Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, ke arah itu, Akta Warisan Kebangsaan 2005 perlu diperkasakan semula memandangkan Seksyen 68 akta tersebut memberi kuasa bagi pendaftaran warisan-warisan.

“Bahasa merupakan salah satu daripada warisan itu. Justeru, kita jadikannya satu ‘apungan’ supaya pendaftaran itu memberi lunas kepada ilmu yang baharu serta bidang-bidang terjemahan kepada kehidupan.

“Raja-Raja Melayu perlu didaftarkan sebagai institusi warisan. Ini belum lagi terjadi. Inilah satu peninggalan yang kita tidak harus lupa,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Himpunan Ilmuan Warisan dan Peradaban di Universiti Islam Malaysia, di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE