menyamankan laman perasaan

yang membahang sekian lama

kekeringan dari dingin hembusan kasih

Hujan, merenyai berdetap irama

sekian lama membeku bergantungan

pada awan kelabu enggan meluah

kini tercurah tiada lagi cebisan

kabus yang menebal di langit perasaan

Akankah tenang laman jiwa ini

terhapus segala beban menyelit di sanubari

hanya impian menyubur teduh menyelimuti

dengan redha kasih Yang Terpuji

Hujan, meskipun sebentar cuma

moga ada rahmat tersembunyi

di setiap rintik yang membasahi bumi

melebur jiwa gundah insan dan insani

jua setiap isi semesta ini.

SYIDAHLDASJ

Pelabuhan Klang