Zine hasilan penulis indie pada awal era kemunculannya yang merangkumi pelbagai bentuk penulisan seperti puisi, prosa, anakdot, artikel dan cerpen ini antara impaknya, berjaya membuka jalan kepada sebilangan kelompok ini untuk menubuhkan syarikat penerbitan buku kecil dan komuniti penulisan bagi menyediakan bahan bacaan yang lebih berkualiti, tersusun, dan meluas.

Dari zine, syarikat penerbitan buku kecil dan komuniti penulisan yang dilabel indie ini mampu mempunyai pilihan mengeluarkan modal bagi mencetak bahan bacaan berbentuk buku hingga memunculkan syarikat seperti Sindiket Soljah, Neo-Hikayat, Silverfish dan Matahari Book pada era 2002 dan 2007 di sekitar Lembah Klang.

Tidak ketinggalan, lima syarikat penerbitan indie yang wajar diberi perhatian adalah Lejen Press, Buku Fixi, Buku Hitam Press, Moka Mocha Ink dan Terfaktab Media.

“Seperti mana bidang-bidang utama lain atau industri utama yang lain, para penggiat indie juga wajar diberi peluang untuk ke hadapan bersama-sama tanpa perlu sekatan yang ketat daripada pihak kerajaan dan masyarakat.

“Ini kerana karya indie pada masa kini dilihat mempunyai prospek yang bagus untuk diketengahkan, bukan saja pada peringkat domestik malah pada peringkat antarabangsa,” ujarnya.

Menurut Syazrul, antara cara yang boleh ‘menjernihkan’ keadaan dan menambah baik Indie dalam dunia perbukuan adalah menghentikan persepsi negatif terhadap karya indie.

“Tidak keterlaluan jika penerbit perdana dan komersial menjadikan konsep perniagaan penerbit indie ‘business-model guerilla’ sebagai contoh,” katanya. – BERNAMA