Ketua Penggerak GM1M Kuala Lumpur, Mohd. Fadly Saidin, 32, berkata, persembahan busking dari guru-guru muda ini membuktikan tenaga pengajar hari ini serba boleh dan berbakat.

"Hari ini kami mendendangkan lebih kurang 20 buah lagu kepada pengunjung PBAKL.

"Busking hari ini juga dapat merapatkan kami antara guru-guru dan pengunjung yang hadir," katanya ketika ditemui selepas persembahan busking yang berlangsung lebih kurang tiga jam.

Seramai 12 orang guru muda yang terlibat dengan busking sempena PBAKL 2017.

Fadly menambah, sempena esok hari penutup PBAKL 2017, GM1M akan mengadakan slot interaktif untuk pengunjung yang hadir.

Slot ini sesuai kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah. - UTUSAN ONLINE