Fitnah berleluasa
Media sosial menjadi rujukan
Kesahihan maklumat sudah tidak dihiraukan
Natizen semakin lancang
melampiaskan kutukan
dan tohmahan

Hari ini
Anak muda berlumba-lumba menonjolkan bakat
Bakat yang sia-sia
Bakat yang dipersendakan natizen
Bakat yang bakal menghancurkan masa hadapan

Hari ini
Tiada lagi kelibat
anak kecil di taman permainan
Tiada lagi tangisan
akibat tersadung batu
Tiada lagi jerit pekik si ibu
Memanggil si anak pulang
di kala senja
Yang ada hanyalah gadjet ditangan mereka

Di mana silapnya? 
Siapa yang bersalah?
Individu? Keluarga atau masyarakat?
Tepuk dada tanyalah hati
Gunakan akal
Carilah rasionalnya

NOOR NAZIRAH JAAFAR
Chemor, Perak