buku-buku bukan lagi

aksara nyata dipegang

hurufnya tidak berjalan

pada halaman tradisi

mempamer canggih diri

menarik persona rasa

pada paparan kandungan.

Di perpustakaan pintar

padat terkini maklumat

skrin yang melekatkan pandang

bakal membitarakan

anak-anak jiwa

yang dulunya diasuh

menajamkan penulisan

bercerita beraktiviti

sesekali diajak melawat

menyaksikan secara dekat

reptilia dan habitat

atau kembara berekreasi

menambat ingatan

lukisan dan pertandingan.

Di perpustakaan pintar

siberfobia bakal diikat

atma muda akan cepat muncul

terdidik suasana mandiri

namun merampas masa

bermain bersama sahabat taulan

di taman ria beriadah

di hadapan retina kita.

NILAMSURI

Perlis.