menjadi seperti aku
Seorang wanita bergelar ibu
Juga menjadi seorang ayah kepada anak-anakmu
Semuanya terbeban dibahuku
Tidak sepertimu
Hidup mewah tanpa 
apa-apa yang perlu aku laku

Sedangkan hanya satu 
yang kau tahu
Memaki hamun dan menghinaku
Sedangkan makan minum anak-anakmu 
Yuran sekolah yang tertunggak hingga beribu
Tidak perlu kau ambil tahu
Perbelanjaan anakpun 
tidak pernah kau bantu

Anak-anak menjadi mangsamu
Kau mengajar mereka untuk membenciku
Cukuplah ditubuhku
Masih terasa bekas tanganmu
Mungkin parutnya 
sudah tiada disitu
Namun perbuatanmu tetap terpahat dihatiku

Tolehlah kembali 
pada apa yang kau lakukan dahulu
Kau tinggalkan 
aku dan anak-anakmu
Tanpa ada kelengkapan perlu
Semuanya kau ambil semahu
Juga tanpa berlampu
Cuma tidak pula kau pulangkan apa yang ku berikan padamu

Hinakah aku
Untuk mencari 
kasih sayang yang baru
Setelah kau buang dan campakkkan aku
Seperti sampah yang berada  dibawah tapak kakimu
Biarpun aku tahu
Tidak semua lelaki 
 semulia dan sebijak dirimu

Aku tidak membencimu
Kerana anak-anakku 
adalah juga anak-anakmu
Didiklah mereka menjadi lebih baik dari aku dan dirimu
Agar mereka tidak senasib kau dan juga aku
Janganlah kau hina semua lelaki selain daripada dirimu
Kerana baik dan buruk seseorang hanya Allah yang lebih tahu

SSaZ
Ipoh,Perak