Beliau telah dilantik menjadi pengetua menggantikan tempat Tuan Haji Johar yang bersara wajib. Isu utama yang dibincangkan ialah kes ramai murid yang tidak sihat kerana diserang penyakit gatal-gatal dan muntah-muntah. Pemeriksaan yang dilakukan oleh pegawai perubatan yang didatangkan khas ke sekolah itu, mengesahkan serangan wabak ini bukan disebabkan oleh keracunan makanan.

Berita ini telah dimaklumkan awal oleh penyelia asrama kepada Haji Firdaus, seminggu yang lepas. Tetapi, penyelia asrama tidak memaklumkan sebab utama ramai murid di sekolah itu, terutamanya yang menginap di Asrama Tuan Kudu, telah diserang penyakit aneh ini.Haji Firdaus tidak tahu sebab apa penyelia asrama semacam menyorokkan perkara ini dari pengetahuan Yang Dipertua dan AJK PIBG sekolah itu. Lalu, Haji Firdaus menyedapkan hatinya dengan andaian bahawa wabak itu adalah penyakit biasa.

 Seusai pengerusikan mesyuarat itu, Haji Firdaus dan beberapa orang AJK PIBG telah melawat seluruh kawasan, di luar dan di dalam asrama terutamanya melihat syiling yang semakin banyak bocor dan mula memberat oleh khazanah tahi burung merpati yang membawa virus yang sangat bahaya. Kajian ada menunjukkan bahawa kedapatan ahli jemaah hari yang meninggal dunia dan sakit teruk di tanah suci mengalami penyakit radang selaput otak disebabkan terhidu bau najis burung merpati.

Antara keputusan mesyuarat AJK PIBG sebentar tadi ialah akan menjemput pihak media datang membuat liputan berita ke sekolah ini, jika dalam beberapa jam lagi, tidak ada pihak yang berwajib dalam urusan pendidikan negara, tidak datang mengambil tindakan menangkap burung-burung merpati itu dan memusnahkan sarang-sarang burung itu serta membersihkan semua najis yang terdapat di atas syiling. Yang paling utama ialah menggantikan syiling yang bocor.

Agak lama juga YDP PIBG dan AJK PIBG menunggu kedatangan pihak-pihak yang bertanggungjawabdatang ke sekolah itu. Setelah hampir dua jam menunggu, kelibat mereka pun tidak nampak, akhirnya, dengan bantuan petugas pejabat yang mencari nombor telefon pihak TV9 dan TV Hijrah dan pihak media lain melalui carian di dalam aplikasi goggle, Haji Fairdaus dapat berhubung dengan pihak media.

Tidak lama kemudian, wakil-wakil media yang berhampiran, telah tiba di kawasan sekolah. Bersama mereka ialah Yang Berhormat Ahli Parlimen Kawasan dan ADUN Kawasan. Ramai lagi pegawai-pegawai agensi yang berkenaan  dalam daerah, hadir sama mengiringi Ahli-ahli Yang Berhormat, ke kawasan Asrama Tun Kudu. Haji Firdaus dan Puan Pengetua, turut sama bergerak ke asrama yang terlibat.

Beberapa orang telah diwawancara oleh pihak media sambil merakamkan gambar semua perbualan dan lokasi kejadian, di dalam dan di luar asrama Tun Kudu. Murid-murid yang diserang wabak ini turut diwawancara. Pihak media memaklumkan bahawa berita ini sangat penting dan akan disiarkan dalam slot berita utama TV dan radio. Begitu juga akan dimuatkan dalam  akhbar harian.

Seusai sesi wawancara dan pengambaran di asrama Tun Kudu dans seluruh kawasan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan yang telah berjaya melakar nama dengan pencapaian cemerlang dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulm di peringkat daerah, negeri dan negara ini, Haji Firdaus telah meminta izin melelapkan mata seketika, di tingkat atas Kompleks al Karim, yang dibangunkan sebagai buah tangan PIBG, sementara menunggu kedatangan pihak PPD, JPN, Jabatan Agama Islam dan pihak lain yang akan mengusahakan jalan penyelesaian supaya semua murid akan dapat menginap di asrama semula atau terus menginap di Kompleks al-Karim, buat beberapa ketika, sehingga kerja-kerja membaiki dan membersihkan asraama, dapat dilakukan. AJK PIBG yang lain  pula menunggu di kantin sekolah.

 Sebelum dapat melelapkan mata dan merehatkan badan akibat kepenatan memandu dalam jarak yang jauh, selama memikul amanah sebagai YDP PIBG sekolah ini, minda Haji Firdaus teringat pada pada rangkap puisi yang berbunyi:

            Jinak-jinak merpati

            Senang didekati, ditangkap lari..

Kelihatan senyuman terukir di bibir Haji Firdaus. Sempat seketika tadi, Haji Firdaus menunaikan solat duha beberapa rakaat dan memanjatkan doa ke Hadrat Ilahi. Sambil berbaring, mata Haji Firdaus sempat memerhatikan banyak mesej yang masuk dalam facebook, inbox message dan whatsapp Grup yang menayangkan kata-kata pujian, pertanyaan, cadangan dan teguran dari pelbagai pihak terhadap tindakan berani yang telah diambil oleh YDP PIBG- AJK dan wakil rakyat kawasan. Sesekali, Haji Firdaus akan menjawab panggilan telefon yang masuk dalam telefon bimbit yang diletakkan di sebelahnya.Entah bila Haji Firdaus terlelap, biar pun zikrullah yang membasahi bibirnya belum tiba ke garis penamat…

 Jam menunjukkan waktu sebelas malam. Haji Firdaus sudah mula berbaring di katil, bersebelahan isterinya yang kyusuk melayan monitor telefon bimbitnya. Sesekali, Hajah Masniah akan memasang video alunan bacaan al-Quran dan lagu-lagu nasyid buat santapan jiwa, yang dikirimkan oleh rakan-rakan whatsapp grupnya yang sangat ramai. Haji Firdaus mula memakai sarung kaki berubat yang dibeli melalui pembekal dalam urusniaga 0n-line di dalam telefon bimbit. Alhamdulillah, ke mana sahaja Haji Firdaus pergi, sarung kaki berubat ini, dibawa sama kerana sangat berkesan untuk dia mendapatkan tidur yang cukup. Tetapi, sejak bersuia warga emas, lena tidurnya sesekali terganggu oleh senakan pundi-pundi kencingnya yang diganggu oleh sakit radang prostat yang mula diidapinya. Namun, dia bersyukur, apabila sahabatnya dapat membuat pesanan cecair pemakanan khas untuk merawat prostat yang ada tertular di dalam facebook, gangguan radang prostatnya, dapat diredakan.

  Jejarinya mula menekan punat suara di sebelah kanan telefon bimbitnya, mematikan terus nada suara agar tidurnya tidak diganggu oleh deringan kiriman mesej memalui facebook dan whats apps. Namun, getaran suara mnasih boleh didengari. Bibir Haji Firadus mula mengalunkan irama bacaan ayatul qursi, surah tiga qul dan irama ziqrullah, menunggu keizinan Allah, buat dia melelapkan mata dan melayari mimpi yang mungkin menjelma di dalam lenanya, dengan berbekalkan air wuduk yang diambil sebelum dia bersiap untuk tidur. Hajah Masniah yang sudah berpuas hati melayari titipan berita dan mesej di dalam whatsapp dan facebook telefon bimbitnya, mula meletakkan telefon bimbitknya, di sebelah. Haji Fairdaus biasanya akan terjaga apabila mendengar nada deringan berirama yang sudah disetkan pada telefon bimbit isterinya, jam lima pagi, untuk menunaikan ibadat qiyammulail sehingga masuknya waktu solat subuh untuk berjemaah subuh dengan isterinya.

Tiba-tiba, terdengar getaran deringan dari telefon bimbitnya. Haji Firadus yang mula dibuai irama lena, terus mengangkat telefon bimbit, di sampingnya. Dari monitor telefon bimbit itu, terpapar nama pengetua sekolah agama, tempat dia diamanahkan menjadi YDP PIBG masuk ke tahun yang ke lapan belas. “ Ah, sudah lewat malam.. esok sahajalah aku beri respons pada panggilan ini.” Getus suara kecil Haji Firdaus.

Mata Haji Firdaus beralih pula pada senarai nama dalam jajaran whatsapp. Terdapat mesej tertera pada whats app puan pengetua SMA Puteri, berbunyi…

Salam Tuan Haji. Maaf mengganggu malam-malam begini tetapi terpaksa. Ingin berbincang dengan Tuan Haji berkenaan asrama Tun Kudu di sekolah kita. Boleh Tuan Haji lapangkan masa. Hal sangat mustahak ini. Maafkan saya sekali lagi jika mengganggu Tuan Haji.”

“ Wah, tentu hal mustahak ini. Hal asrama? Mungkin ada pencerohohan ke? Jika pencerobohan, telefon sahaja pihak polis.Nombor telefon balai polis berhempiran, ada dlam telefon aku ini.”

 Haji Firdaus bergegas ke bilik air membasuh muka, biar lebih segar dan penglihatan lebih jelas. Seketika kemudian, dia menekan nombor telefon yang dipunyai oleh puan pengetua sekolah tersebut. Tidak lama kemudian, terdengar suara pengetua.

 “  Maaf Tuan Haji. Saya rasa kita tak perlu tunggu bincang hal ini dalam mesyuarat AJK PIBG kita hari Sabtu nanti. Jika tunggu waktu itu, sudah terlewat rasanya untuk kita bertindak.Baru-baru ini, tentu Tuan Haji  ada baca kiriman whatsapp adripada GPK HEM tentang wabak yang menyerang aanak-anak puteri kita yang tinggal di asrama Tun Kudu.”

 “ Ya puan. Tetapi tak dimaklumkan lebih lanjut kes itu. Penyelia asrama juag ada maklumkan bahawa penyakit muntah-muntah dan gatal-gatal yang menyerang anak-anak puteri kita terutama yang tinggal di asarama Tun Kudu, tidak disebabkan oleh keracunan makanan. Saya jadi musykil juga, apakah virus yang menyerang anak-anak kita itu. Namun, saya sabakan hati menunggu penerangan jelas dari GPK HEM dalam mesyuarat AJK PIBG kita nanti.”

“ Begini Tuan Haji, banyak pihak sudah datang melawat asrama Tun Kudu dan mendapati bahawa najis burung merpati yang sudah membuat sarang, bertelur dan beranak-pinak di atas syiling asrama, telah menularkan virusnya melalui penafasan anak-anak kita dan warga sekolah kita. Perbincangan saya dengan pihak-pihak berkenaan, mereka datang melihat dan mencadangkan pelan tindakan yang boleh diambil. Tetapi belum ada usaha untuk bertindak lebih berksesan seperti menukarkan syiling dan menghalau semua burung merpati itu. Di sebabkan tidak ada peruntukan yang besar, utnuk menggantikan semua syiling asrama yang sudah reput dimamah oleh najis burung merpati itu, pihak sekolah belum diberikan jaminan. Habis, anak-anak puteri kita hendak tinggal di mana? Pihak perubatan berkata, memang asrama Tun Kudu, sudah selamat untuk dihuni lagi selagi burung-burung itu tidak dihapuskan. JIka setakat di halau sahaja, mereka berkata, usaha itu tidak akan berkesan kerana burung-burung itu sudah berumahtangga di syiling asrama itu, akan datang semula. Bilangan burung-burung itu semakin bertambah. Tentulah najisnya dan sampah sarangnya semakin banyak. Saya semakin buntu Tuan Haji. Mohon cadangan dari Tuan Haji.”

“ Macam ini uztazah ya, jika sehingga hari kita bermesyuarat nanti, masih tiada tindakan segera diambil oleh pihak yang bertanggungjawab, kita akan putuskan dalam mseyuarat AJK PIBG, memanggil pihak media, khususnya pihak televisyen, datang membuat pengambaran dan laporan langsung kisah yang serius ini. Puan ada hubungi pihak YB Parliemn dn YB ADUN kita? Maklumkan hal ini?”

“ Tidak ada Tuan Haji. Maklumlah saya baru shaja mengambil alih jawatan pentadbir di sekolah ini. Tambahan pula, saya tinggal jauh dan berulang ke sekolah. Emmm..”

“ Saya faham puan. Malam ini juga saya cuba hubungi YB ADUN kita. Jika tiada rspons, saya akan kirim mesej dalam inbox mesej dia dan dalam whatsapp beliau. Saya akan mohon beliau mengambil tindakan segera. Saya juga akan memaklumkan kes kecemasan ini pada YB Ahli Parlimen kita melalui mesej whatsapp juga, jika  beliau tidak menjawab panggilan saya. Jangan bimbang ya puan, saya akan bertindak.”

“ Jutaan terima kasih Tuan Haji.”

Tiba-tiba telinga Haji Firdaus terdengar suaara riuh di bawah Kompleks al- Karim. Dia menoleh pada sebatang tubuh lelaki yang sedang mengaji, meneman dia menunggu ketibaan pihak yang berwajib datang ke sekolah, kesan dari tindakan PIBG sekolah memanggil pihak media membuat liputan khas. Haji Firdaus bingkas bangun dan terus mendapatkan kumpulan petugas-petugas yang dikerah hadir ke sekolah dengan pelbagai alatan untuk membaiki asrama Tun Kudu, SMAgama Puteri. Haji Firdaus tersenyum.

Mungkin penyelia asrama terpanggil untuk memaklumkan kes ini pada Haji Firdaus melalui pemakluman pada telefon bimbit dan mesej dalam whats App bahawa semua penghuni asrama yang berjumlah tiga ratus orang dibenarkan pulang ke kampung, setelah mendapat rawatan di hospital kerajaan, disebabkan dia terbaca satu pertanyaan daripada bapa seorang murid yang juga AJK PIBG, yang memuatkan pertanyaan yang dimuatkan ke dalam whats app grup AJK PIBG yang berbunyi:

  “ Salam Takzim, saya ingin bertanya, ada atau tidak ibu bapa yang tahu; mengapa semua penghuni asrama, dibenarkan balik ke kampung setelah hampir semua penghuni asrama di serang penyakit muntah-muntah dan gatal-gatal pada kulit. Sila beri pencerahan.”

Tidak lama kemudian, Haji Firdaus membaca mesej yang dikirim oleh GPK HEM, bahawa penerangan tentang perkara ini dan kes penyakit ganjil yang menyerang warga SMA Puteri, termasuk dialami oleh pekerja-pekarja asrama dan petugas keselamatan, dalam mesyuarat AJK PIBG nanti.

  “ Maaf tuan-puan AJK semua,, saya sebagai GPK HEM akan terangkan tentang hal ini dengan lebih lanjut di dalam mesyuarat AJK PIBG yang akan diadakan Sabtu nanti seperti yang kita telah persetujui bersama. Sekian, terima kasih.”