hanya untuk membuka buku,

yang akan kau tunjukkan 
huruf-huruf,

dan gabungan 
ayat-ayat cemerlang,

untuk dipacakkan 
di puncak gunung,

bersama cahaya,

bersinar ke seluruh dunia.

Kau kata;

buku adalah belantara ilmu,

perlu ditebas setiap hari,

untuk memesrai haiwan nan liar,

buku adalah samudera berombak,

perlu direnangi setiap waktu,

untuk memujuk badai nan ganas,

buku adalah padang yang subur,

perlu kau teroka setiap masa,

untuk mengenal belalang dan puyuh.

Kini anak-anak kecil 
telah menjadi besar,

bersinar di puncak gunung,

bersemayam 
di singgahsana mewah,

menjulang nama tersohor,

dan kau adalah pembentuknya,

dengan buku 
yang pernah kau buka.

SMAHADZIR

Taman Damai, Banting, Selangor