Aish, seorang gadis cantik yang dilahirkan sekitar tahun 90-an di sebuah kota raya yang sedang pesat membangun. Aish seorang gadis yang dibesarkan dalam sebuah keluarga yang bertaraf hidup sederhana. Di celah-celah jutaan manusia yang masih mengintai peluang dan ruang untuk mencapai impian, terselit seorang Aish yang telah teguh berdiri dengan pendapatan lumayan dan mempunyai pengaruh tersendiri di laman sosial miliknya.

Keberanian dan kepetahan Aish telah menjadi senjata untuk membolot perhatian masyarakat.Tambahan pula, Aish seorang penggemar fesyen Korea yang menjadi kegilaan remaja masa kini.Pada Aish, kecantikan amat penting untuk meningkatkan keyakinan diri.Setiap hari, Aish akan memuat naik foto atau video tentang dirinya termasuklah aktiviti harian yang diselubungi kemewahan baik cara berfesyen dan juga makanan yang terhidang.

Aish memiliki hobi mengumpul barangan yang berjenama mahal seperti Gucci, Channel, Prada dan sebagainya.Senang kata di mana sahaja ada koleksi dan promosi baranganberjenama, pastinya Aish akan muncul. Maka tidak hairanlah pengikut akaun Instagram miliknya sahaja telah mencecah 1.8 juta orang dan rentetan itu, ramai remaja menjadikan dia sebagai idola.

Namun begitu, kemewahan dan kebahagiaan yang ditayangkan di laman sosial miliknya hanyalah ciptaan semata.Pada hakikatnya, Aish hanyalah anak sulung kepada seorang pemandu dan pembantu rumah di kediaman seorang konglomerat tersohor.Aish mempunyai sepasang adik kembar, Attar dan Aulia yang berusia 20 tahun.Masing-masing masih menuntut di salah sebuah universiti tempatan.

Berbeza dengan Aish, di awal usianya mencecah 20 tahun, Aish telah memilih untuk berhenti bekerja di sebuah firma guaman sebagai seorang kerani apabila foto-foto yang menyerlahkan kecantikannya mulai tular di Instagram. Padanya, jawatan yang disandang terlalu rendah dan pendapatannya juga tidak membantu dia memenuhi kehendak.Menjadi seorang Iger yang dibayar adalah impian ramai orang, dan Aish juga begitu. Ternyata tuah ayam nampak di kaki tuah Aish ada di laman sosial.

Namun begitu, keghairahan Aish berkongsi tentang kehidupan palsu di media sosial tidak menyenangkan hati keluarganya.Pernah sekali ayahnya menegur perbuatannya itu ketika mereka menikmati makan malam bersama di sebuah pangsapuri milik majikan ayah dan ibunya. Pangsapuri tersebut telah dihadiahkan kepada  ayah dan ibunya sebagai tanda penghargaan akan kesetiaan mereka bekerja berpuluh tahun lamanya.

            “Kakak, nak menunjuk biarlah berpada-pada, ukurlah baju tu di badan sendiri.Tak perlu kakak nak meraih perhatian kawan dengan kemewahan.Kalau mereka ikhlas berkawan, mereka semua mesti akan terima kakak seadanya.” Kata-kata ayah yang sering terngiang-ngiang di telinga Aish yang kadang membuatkan Aish bermonolog.

“Alah ayah apa tahu? Nasihat orang je pandai.Dia tu bukan elok sangat pun.Pemalas! Sebab tu la jadi kuli je. Tengok aku ni tidur bangun tidur bangun pun duit masuk. Dah Tuhan bagi kelebihan guna je la.” ,omelnya sambil bergelak sakan bangga dengan kecantikan yang dimilikinya.

“Eish akak ni. Tak baik cakap ayah macam tu. Kalau bukan sebab ayah tak adanya akak nak pakai Iphone 6 tu.” , tegur Attar apabila terkejut mendengar kata-kata kakaknya yang dianggap melampau. “Ye la kak, hargai sikit apa yang ayah dengan ibu buat untuk kita. Jangan tahu nak merungut je,”  sampuk Aulia tanda setuju dengan kata-kata Attar.

            “Eh bingit la.Jangan sibuk hal aku boleh tak? Kamu berdua apa tahu? Dasar budak hingusan, banyak bunyi betul la.Dah la hadap buku tu lama-lama mana la tahu keluar emas ke berlian ke nanti.Hahahahaha (gelakbesar)” ,balas Aish dengan marah. Mendengar kata-kata itu, Attar dan Aulia hanya memandang sesama sendiri dan menggelengkan kepala isyarat tidak berpuas hati dengan gelagat kakaknya yang lima tahun lebih tua daripada mereka.

Kelihatan Aulia jauh termenung mengimbas kembali saat kakaknya itu menangis-nangis meminta ayahnya membelikan telefon bimbit keluaran Apple.Pada ketika itu, dia dan kembarnya Attar baru sahaja diterima masuk ke universiti. Ketika ibu dan ayah sedang sibuk membantu Attar dan Aulia membuat persiapan terakhir sebelum kekolej kediaman, Aish menunjukkan rasa iri hati kerana ayah dan ibunya seakan pilih kasih kerana terlalu memberikan perhatian kepada adik-adiknya.

“Ayah dengan ibu ni manjakan sangat budak-budak ni. Biarkan je la budak-budak ni kemas barang sendiri.” , kata Aish sambil mencebik bibir. “Takapa la kak, bukan selalu ibu dengan ayah ada masa dengan Attar dan Aulia. Lagipun esok mereka dah nak mula belajar,”  balas ibunya sambil mengukir senyuman bahagia. Telah lama dia menunggu saat ini.Hati ayah dan ibu mana yang tidak bahagia apabila anak-anaknya berjaya.

“Ibu ni kalau pasal Attar dengan Aulia je semua boleh.Kalau Aish je semua tak boleh,”  ngomel Aish sambil menangis teresak-esak. “Kak, jangan lawan ibu macam tu. Tak eloklah.Apa lagi yang tak cukup? Makan, pakai semua cukup kan ayah bagi. Tu haa duk online memanjang tu bukan ayah ke yang bayar bil. Seratus lebih sebulan,” sambung ayahnya yang sejak tadi memerhati Aish yang sedang ralit menatap skrin telefon bimbitnya di atas sofa sambil tersenyum.

“Apa-apa jela ayah.Ayah dengan ibu memang tak sayang kakak.” ,tengking Aish sambil berlari menuju ke bilik. “Dooom” ,bunyiA ish menghempas pintu lalu ayahnya berlari kebilik Aish. “Tok,tok,tok”, bunyi ayah mengetuk pintub ilik Aish. “Kakak, jangan macam ni, tak kesian dengan ayah ke?” Soal ayahnya dengan nada sebak. “Dah la ayah! Ayah memang tak sayang kakak!” ,tengking Aish. “Baiklah, apa yang kakak nak ayah buat? Kakak cakap la apa sahaja ayah akan tunaikan,”  pujuk ayahnya. Sambil tersenyum puas, Aish membuka pintu perlahan-lahan dan membisikkan pada ayahnya, “Kakak nak Iphone 6.”

Demi Aish, ayahnya sanggup mengikat janji sedangkan hatinya berat kerana masih banyak keperluan lain yang perlu dia cukupkan. “Baiklah, nak. Nanti ayah belikan.” , sambil tersenyum ayah berjalan menuju ke dapur. Ketika itu, sempat Aulia mengintai ayahnya melalui celah langsir. Terkedu Aulia melihat ayahnya terduduk di tepi peti ais, berjuntaian air matanya jatuh membasahi kain pelikat cap gajah duduk yang dipakai.

Tersentak Aulia apabila Attar menepuk bahunyaserayabertanya, “Lia, apa yang dimenungkan tu?”.“Tak ada apa la abang.Cuma teringat masa ayah cakap nakbelikantelefonkatkakakdulu. Kesian ayah kan abang? Masa tu ayah bukan ada duit. Ayah sanggup potong rumput hujung minggu untuk kumpul duit belikan kakak benda tu.” , kata Aulia sambil mulutnya muncungkearahAish yang sedanglekamengeditfotonyamenggunakanaplikasitelefon pintar. “Biarlah dia. Dah jatuh tergolek, sedarlah tu nanti.” , balas Attar sambil mengukir senyum sinis. Aulia hanya mengukir senyuman hambar.

Keesokan harinya, “Kakak! Kakak! Buka pintu ni cepat!!”, panggil Aulia yang kelihatan tertekan seakan ada perkara buruk yang telah terjadi. “Eh budak ni! Kau dah kenapa pagi-pagi buta dah kacau orang tidur?” omel Aish sambil memulas tombol pintu kamarnya. “Haa, nakapa? Kalau nak duit cari sendiri!!” , tanya Aish dengan nada sinis. “Eh akak ni, mulut tu bertapis sikit boleh tak?” Tegur Aulia. “Eh kau jangan buang masa aku boleh tak? Cepat la cakap! Kau nak apa??” Tengking Aish. Sambil menghela nafas panjang, Aulia menunjukkan telefon bimbitnya kepada Aish.“Kau dah kenapa tunjuk telefonburuktukataku? Kau ingat aku hairan dengan telefon kau tu?” Omel Aish dengan nada sinis sambil menjeling tajam ke arah adiknya. “Kak, baca ni! Hadam betul-betul! Jangan asyik syok sendiri je. Orang kat luar tu ramai je nak tengok akak tersungkur.” , tengking Aulia.

Lantas Aish merentap telefon bimbit adiknya dengan kasar dan meneliti setiap bait ayat yang tertera di paparan skrin telefon tersebut. Dengan jelas tertera tulisan, “Realiti Hidup Aishmaira! Ku sangka berlian rupanya kerikil.#mohoncermindiri ”dan terpampang sebuah video berdurasi 5 minit yang menayangkan gelagat Aish sedang membeli-belah di sebuah kedai pakaian terpakai di sebuah bandar. Ternyata video tersebut telah menular di laman sosial.

“Ahh, belah la kau. Suka la kau kan?” Omel Aish sambil menolak tubuh kecil Aulia. Terjatuh Aulia di hadapan pintu bilik kakaknya lantas dia pergi ke ruang tamu untuk memberitahu Attar. Sementara di dalambilik, Aish segera mencapai Iphone 6 miliknya untuk memeriksa akaun Instagram  yang dibanggakan. Terduduk Aish di penjuru biliknya menghadap tingkap.Betapa terkejutnya dia apabila menerima pelbagai komen negatif daripada pengikutnya.Ada yang mengatakan bahawa dia tidak sedar diri, ada pula yang menggelarnya perempuan hipokrit dan bermacam-macam lagi.

Hampir seminggu Aish mengunci diri di dalam biliknya.Dia hanya keluar daripada bilik untuk makan sahaja.Itu pun dia hanya menjamah juadah sedikit sahaja.Gelagatnya juga tidak seperti kebiasaan.Biasanya, mulut Aish akanberbicaraseperti murai. Bicaranya tidak akan terhenti melainkan dia terlena. Namun begitu, setelah tragedi itu menimpa dirinya, dia tidak lagi petah seperti dulu.Apabila dia keluar dari rumahnya sahaja, jiran tetangga mula memaki hamun, memerli dan memulaukan dirinya.

Kejadian tersebut benar-benar meninggalkan trauma untuknya.Itulah hakikat yang paling payah untuk diterima oleh Aish.Semua barangan berjenama yang digayakannya adalah pemberian isteri majikan ibu dan ayahnya.Foto-foto di butik-butik barangan berjenama diabadikan di laman sosial miliknya hanya untuk mengaburi mata pengikutnya.

“Kakak, jom ikut ayah dengan adik-adik keluar jalan-jalan.” Ajak ayahnya dengan nada pilu. Perlahan-lahan Aish menguak pintu lalu dia memeluk erat ayahnya sambil menangis teresak-esak.Kali ini, Aish gagal melawan rasa sedih dan kecewanya.Bertalu-talu dia memohon maaf daripada ayah, ibu dan adik-adiknya. Di saat dia memeluk ayahnya, sempat ayahnya berbisik,

“Aishmaira, anak ku sayang, hidup kita bukan untuk meraih perhatian manusia.Tuhan telah menetapkan bahawa lahirnya manusia ke dunia untuk menjadi seorang khalifah, melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Kalau perhatian Pencipta yang kita raih, pasti hidup kita akan selalu tenang tetapi kalau perhatian manusia yang kita dambakan, suatu masa kita pasti akan merasa kecewa. Anakku, biar nama kita tular di langit cinta-Nya, kerana itulah matlamat utama kita diciptakan.”