Diikat ia dengan getah,
Sembilan Mei hari mengundi,
Keluarlah tuan dan puan untuk mengundi.

Waktu pagi pergi memukat,
Pukat dibuat dari benang,
Masa mengundi bawalah Mykad,
Semoga urusan jadi senang.

Pergi ke kedai membeli celak,
Celak dipakai di alis mata,
Masa mengundi perlu berakhlak,
Suasana selamat rakyat jelata.

Angin berderu ombak beralun,
Ikan di laut melompat-lompat,
Wahai pengundi pilihlah calon,
Semoga rakyat mendapat berkat.


Ghazali Yaakub
Kepala Batas, Pulau Pinang.