Penampilan bandar raya moden ini disulami dengan adat lama, yang digambarkan dengan indah oleh puisi berikut:

Jejak Harmoni

Menelusuri laluan seindah warna vista

Khazanah silam yang mengungkap bicara dan cerita

Menghargai, memperingati, penuh kegemilangan

Setiap pencapaian digapai dengan selaut harmoni

Diresapi khazanah budaya bersendi tradisi

Bersemangat, bersatu, bersama menghargai

Identiti kita umpama bayang-bayang yang sentiasa ada

Menginjak ke hadapan bersandarkan warisan

Menghormati, mengabadi, membina kesedaran

Puisi ini sesungguhnya menggambarkan Ibrahim International Business District (Pusat Perniagaan Antarabangsa Ibrahim atau IIBD) yang tersergam di atas tanah warta seluas 250 ekar di bandar raya Johor Bahru, untuk memperingati tunggak Warisan IIBD. Kesinambungan budaya di tengah-tengah perubahan amat diutamakan sambil masyarakat bangsa Johor melangkah maju seiring aliran zaman. Bukan semata-mata mengimbas kembali dan mengagungkan zaman silam, usaha mengambil iktibar daripada kegemilangan masa lepas penting demi membina masa depan!

Sebagai arca kedua daripada empat tunggak dalam rangka tindakan IIBD, Warisan IIDB memainkan peranan penting untuk mewujudkan persekitaran sesuai yang melibatkan penduduk tempatan dan antarabangsa dalam kemajuan dan kejayaan IIBD.

Arca Warisan, ukiran seni setinggi 6.7 meter (22 kaki) di Legaran Segget dan bersebelahan gerbang Jalan Warisan Tan Hiok Nee, berdiri megah sebagai peringatan kepada bangsa Johor tentang tanggungjawab mereka untuk membina warisan budaya, yang perlu terus diperkukuh seiring aliran masa.

Arca Warisan IIBD meraikan kepelbagaian warisan Johor, yang terserlah melalui unsur reka bentuk tradisional tempatan pada ukiran ‘Urban Tree’ ini.

Melambangkan tiga kumpulan etnik utama Johor, arca ini diperbuat daripada tiga dahan logam yang membentuk teduhan berdaun lebar ke atas dan ke luar untuk mendedahkan potongan corak yang tersebar pada permukaannya. Pelbagai keratan ukiran ini diilhamkan motif budaya yang ditemui di bangunan warisan sedia ada di IIBD, sebagai penghormatan kepada kekayaan khazanah pelbagai bangsa dan budaya Johor.

‘Urban Tree Heritage’ ini adalah satu bentuk arca interaktif melalui penghasilan bayang-bayang yang menjadi simbolik kepada perpaduan dan keindahan warisan budaya yang perlu dipelihara dan diraikan.