Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Antarabangsakan penulisan tempatan

MOHD. DAUD BAKAR dalam sidang akhbar semasa pelancaran dua bukunya berjudul Syariah Minds in Islamic
MOHD. DAUD BAKAR dalam sidang akhbar semasa pelancaran dua bukunya berjudul Syariah Minds in Islamic Finance dan I Have 25 Hours A Day: The Smart Way To Create More Time di Riyadh, Arab Saudi, kelmarin.

RIYADH 10 Mac - Hasil penulisan ahli akademik, ulama dan profesional negara dalam bidang kewangan Islam perlu diantarabangsakan menerusi terjemahan ke dalam pelbagai bahasa kerana mereka mempunyai pengetahuan yang luas dan pengalaman sebenar dalam bidang tersebut.

Pengerusi Panel Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar berkata, sikap cerdik pandai negara yang terlalu ‘pemalu’ dan ‘menghormati’ orang luar secara luar biasa menyebabkan mereka tidak yakin untuk membawa tulisan mereka ke peringkat global.

“Bagi saya, orang kita sama taraf, malah ada yang lebih tinggi kajian dan keilmuan mereka berbanding orang luar. Banyak buku dan pengetahuan kita tidak diantarabangsakan, jadi orang tidak tahu apa yang kita ada,’’ katanya 
ketika ditemui selepas sesi diskusi dua buah buku beliau iaitu Syariah Minds in Islamic Finance dan I Have 25 Hours A Day: The Smart Way To Create More Time di Pesta Buku Antarabangsa Riyadh (RIBF) di sini semalam.

Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Amanie Advisors yang berpejabat di Dubai, Emeriah Arab Bersatu itu berkata, sebagai pelopor sistem kewangan Islam moden, Malaysia mempunyai banyak pengalaman sebenar dalam industri tersebut menerusi catatan dalam minit-minit mesyuarat kewangan Islam dalam negara tetapi perkara itu tidak didokumentasikan.

Beliau yakin dunia akan menjadikan Malaysia sebagai sumber rujukan utama dalam pelbagai bidang terutama kewangan syariah jika golongan cerdik pandai Malaysia mampu menunjukkan apa yang mereka boleh tawarkan dan ditulis pula dalam bahasa yang setiap masyarakat di dunia boleh fahami.

Mengenai buku Syariah Minds in Islamic Finance, bekas Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa itu berkata, ia adalah hasil pengalaman beliau selama lebih 20 tahun selaku pengamal sebenar dalam bidang kewangan Islam di seluruh dunia.

“Buku ini menceritakan bagaimana untuk meletakkan prinsip syariah, yang selalunya ada perbezaan pendapat, dalam bidang tersebut kerana ulama mungkin arif tentang konsep urusniaga dalam Islam tetapi mereka mungkin tidak tahu bagaimana untuk mengaplikasikannya dalam keadaan hari ini,’’ katanya.

Katanya, buku I Have 25 Hours A Day: The Smart Way To Create More Time pula menekankan tentang kekangan masa bukan alasan, sebaliknya seseorang itu boleh melakukan lebih banyak kerja dalam masa yang lebih singkat menerusi perancangan dan pemotongan waktu dalam urusan-urusan yang perlu tetapi tidak penting.

Dalam pada itu, Mohd. Daud memberitahu, beliau kini adalah pemilik dan Ketua Pengarang majalah Malaysian Business, antara majalah dunia perniagaan yang tertua di Malaysia, selepas membelinya daripada Berita Publishing Sdn. Bhd. pada Oktober tahun lalu. – UTUSAN

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain